Hafiz Hamidun Dakwa Kenyataan Joy Adalah Fitnah, Serahkan Pada Peguam

Hafiz Hamidun Dakwa Kenyataan Joy Adalah Fitnah, Serahkan Pada Peguam

Ya, ramai menyatakan mereka sudah muak dengan berita mengenai kes pembubaran nikah penyanyi dan personaliti media sosial, bagaimanapun seperti yang anda tahu, Siti Arifah Amin atau Joy Revfa semalam telah menulis karangan panjang di Facebook bahawa semalam mahkamah telah mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami dan mendakwa Hafiz meninggalkannya setelah mereka berdua telah ‘bersama’. Malah, Joy bersumpah mereka telah melakukannya.

Hafiz bagaimanapun menafikan mereka pernah ‘bersama’.

Advertisement

Perkembangan terbaru, kepada Suria.fm, dia menyifatkan kata-kata Joy adalah fitnah. Dia juga telah mendapatkan khidmat peguam berkenaan dakwaan ini.

Dia bakal dilanda masalah yang besar. Kata-katanya adalah fitnah.

Saya tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut kerana saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk menangani kes ini.

Saya pernah memberi amaran kepada Joy supaya tidak bermain dengan fakta. Saya ada kesemua bukti dan sekali lagi Joy bakal dilanda masalah.

Hafiz juga meminta orang ramai menghentikan spekulasi mengenai kes itu kerana kes pembubaran nikah yang difailkan Joy sebelum ini masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Tak silap penulis, mahkamah hanya akan memutuskan sama ada sah atau tidak pernikahan Hafiz dan Joy 1 Mei lepas pada November ini. Mungkin Joy juga sudah lupa kata-kata peguam syarie yang mewakilinya bahawa “hanya Hakim Syarie berhak menentukan secara muktamad sah atau tidak sebuah pernikahan.”

Untuk makluman, Hafiz dan Joy bernikah pada 1 Mei lepas dan perkahwinan mereka diluluskan untuk dilaksanakan oleh JAIS setelah Joy menegaskan akan menyerahkan surat cerai perkahwinan terdahulu selepas pernikahan.

Bagaimanapun, Hafiz kemudiannya tinggal berasingan dengan Joy setelah duduk sebumbung enam hari kerana meragui status sah pernikahan mereka disebabkan Joy gagal menyerahkan surat cerai yang dijanjikan. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...