Ramai ‘lelaki lembut’ sterlibat dalam industri hiburan terutamanya sebagai jurusolek arrtis.
Dan pelakon Hafidz Roshdi memberitahu, dia pernah memiliki perasaan ‘anti’ golongan tersebut ketika baru menceburi industri hiburan. Bercakap pada Harian Metro, Hafidz memberitahu:
Diakui masa mula-mula masuk industri, saya ada perasaan anti golongan ini. Namun, apabila setiap hari di kelilingi kelompok ini, kami jadi kawan. Persepsi saya juga berubah. Malah, baru saya tahu mereka macam mana.
Selama ini orang kita dimomokkan dengan cerita negatif mengenai mereka. Sedangkan kita tidak tahu kisah sebenar. Kalau ada pun kesalahan yang dilakukan, itu urusan mereka dengan Tuhan.
Apa yang penting, kita jaga hubungan baik sesama manusia. Mereka juga sama macam kita punya hati dan perasaan. Jangan mudah menjatuh hukum untuk orang lain kerana itu bukan hak kita.
Hafidz menambah ramai individu dalam industri memperkecilkan golongan ini:
Dalam bidang ini saya juga bekerja dan berjumpa dengan golongan ini. Saya tahu cara kerja mereka macam mana. Saya hormat mereka sebagai rakan sekerja.
Cuma tidak dinafikan ada di kalangan rakan saya yang suka perli dan beri persepsi negatif terhadap mereka. Saya selalu pesan dan ingatkan, jangan nilai orang dari luaran.
Kalau dulu Hafidz anti lelaki lembut, kini Hafidz berkawan dengan mereka. Iyalah, kenapa mendiskriminasi seseorang berdasarkan perwatakannya, ya tak? Golongan ini biasanya kreatif dan ‘meriah’, dan senang dibuat kawan dari pemerhatian penulis. Semoga cerita Hafidz ini dapat melenyapkan stigma mengenai ‘lelaki lembut’ dalam industri. – beautifulnara.com
bibik_cun
April 13, 2018 at 4:28 pm
ko pon nmpk mcm lembut! ckp byk plak
Minah ke do
April 13, 2018 at 1:43 pm
Persepsi berubah xpe pis,jgn ko yg brubah dhla..pd yg kutuk wife die ni,korg tu da cntik sgt ke?kalo cntik bsyukurla tp kot cntik rupa paras kalo mulut cm lgkang pn xcntik jgk jdnye..peace
Black dahlia
April 13, 2018 at 12:18 pm
Selalunya yg anti anti org lembut ni, dia ni yg nak org lembut sebenar nya. Haha
Anonymous
April 13, 2018 at 11:47 am
Dah jadi satu trend ka universiti ramai sgt lelaki lembut ..apa nk jadi dh generasi akn dtg ni..pengaruh yg x sihat
anon
April 13, 2018 at 4:34 pm
bukan kat U je
7 eleve pun semua jenis lembut bagai
badan dan macam kerbau pun acah2 lembut
muka mcm kertas pasir pun acah2 lembut
ehh pls lah wakeup lah anak muda woiiiii
huahauahauahauah
Bob Barli
April 13, 2018 at 10:48 am
Apsal sendu sangat gosip harini.. banyak kali refresh page dah ni..
Anonymous
April 13, 2018 at 5:39 pm
Kau nak gossip pasai hajjah zouk … Senang kena maki