Hadir Eksklusif Ke Program MeleTop, Bekas Madu Izreen Azminda Beri Penjelasan

Hiburan

Hadir Eksklusif Ke Program MeleTop, Bekas Madu Izreen Azminda Beri Penjelasan

Apa yang berlaku pada bekas isteri Ude Wahid, Intan Liana Saleh, yang diceraikan setelah Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda Aznam sebagai isteri keduanya menimbulkan simpati ramai pihak.

Ude dan Izreen masih belum berhenti menerima kecaman Netizen ekoran keputusan mereka, manakala Intan Liana yang sebelum ini seorang surirumah dihujani pelbagai tawaran menjadi model pakaian dan membuat ulasan produk.

Advertisement

Minggu lepas, Intan Liana telah muncul untuk ditemubual di rancangan MeleTop yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil. Namun terdapat pihak yang mempersoalkan mengapa dia muncul di program itu sedangkan dia tidak terbabit dalam kerjaya seni. Bagi mereka, adalah lebih sesuai untuk Intan Liana muncul dalam rancangan seperti Wanita Hari Ini dan Motif Viral.

Melalui akaun Instagramnya, Intan telah membuat penjelasan:


Betul juga kata Intan, dia hanya memenuhi undangan mereka. MeleTop mengundang Intan untuk ditemu bual juga mungkin berkaitan dengan Anugerah MeleTop Era 2018 di mana pasangan Izreen dan Ude tercalon dalam kategori Couple MeleTop.

Kemunculan Intan Liana boleh ditonton di bawah di rangkaian rasmi MeleTop di YouTube:

Apa pun selamat maju jaya buat Intan Liana. Sikapnya yang kelihatan sabar dan positif dalam menghadapi apa yang telah berlaku ternyata telah memenangkan sokongan Netizen buatnya, walaupun ada mendakwa Ude telah memerli Intan melalui muat naik satu gambar di Instagram baru-baru ini. Stay positive! – beautifulnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...