Hadiahkan Sebentuk Cincin, Hafreez Adam Sudah Melamar Zara Zya?

Hiburan

Hadiahkan Sebentuk Cincin, Hafreez Adam Sudah Melamar Zara Zya?

Baru-baru ini, pelakon Hafreez Adam memberikan kejutan hadiah yang cukup istimewa iaitu sebentuk cincin buat cinta hatinya Zara Zya. Foto momen indah mereka berdua yang dimuat naik di akaun Instagram seolah-olah memberikan bayangan yang mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Advertisement

Namun, kata Hafeez itu bukanlah lamaran tetapi cincin tersebut adalah kenangan dan juga simbolik bersempena dengan ulang tahun pertama mereka sebagai pasangan kekasih.

Belum lamar pun. Ia cuma hadiah hari jadi saja. Cincin itu pun bukan sebagai tanda apa-apa. Ia bukan cincin merisik, bertunang atau apa pun. Ia sempena hari jadi Zara pada 22 Oktober lalu. Tetapi, saya sengaja bagi lambat supaya dia tak boleh nak jangka.

Hadiah ini saya anggap pemberian yang cukup istimewa apatah lagi bulan ini genap setahun perhubungan kami. Jadi, tak salah kalau saya nak belanja lebih sikit untuk orang tersayang.

Bagaimanapun, Hafreez sejujurnya sudah bersedia untuk membawa hubungan mereka ini ke fasa perkahwinan namun tidak mahu terburu-buru dalam soal itu kerana memerlukan persetujuan daripada Zara Zya sendiri dan juga keluarga kedua-dua belah pihak.

Baguslah kalau sudah ada niat untuk menghalalkan hubungan yang terjalin. Semoga pasangan ini kekal bahagia dan mempunyai jodoh sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...