Hadiahkan Kereta Mewah Bernilai RM300,000, Aeril Zafril Beri Kejutan Buat Wawa Zainal Sempena Hari Lahir

Hiburan

Hadiahkan Kereta Mewah Bernilai RM300,000, Aeril Zafril Beri Kejutan Buat Wawa Zainal Sempena Hari Lahir

Pelakon Aeril Zafril dilaporkan telah memberi kejutan buat isteri tercinta yang juga pelakon Wawa Zainal sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-29, baru-baru ini.

Wawa ZainalSumber : Instagram Wawa Zainal  

Difahamkan, kejutan istimewa yang diberikan Aeril adalah berupa sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz GLC 300 yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM300,000.

Advertisement

Menurut Aeril, dia memilih untuk menghadiahkan kereta mewah itu kepada Wawa kerana kereta yang digunakan isterinya itu sudah melebih tiga tahun.

“Saya menghadiahkan kereta ini sebab kereta digunakan Wawa sudah lebih tiga tahun. Orang cakap kereta ni paling lama pun kalau nak ‘best’ bawa kena lima tahun. kalau terlalu lama pula risau keadaan kereta itu boleh membahayakan nyawa. Sebab itu saya hadiahkan kereta ini.”

Tambah pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini lagi, dia ada memberikan ‘hint’ sebelum membeli kereta tersebut kerana risau Wawa tidak menyukai pemberiannya itu.

“Cuma dia memang tidak tahu saya beli kereta ini. Memang kejutan buat dia.” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Aeril turut mendoakan semoga segala impian dan hajat isterinya itu dimakbulkan Allah S.W.T.

Terdahulu, pasangan ini telah mengadakan Gala Dinner Award Cosmetic bersama-sama staff perniagaan mereka yang diadakan di ibu negara.

Dalam kesempatan itu, Aeril tampil memberikan kejutan buat Wawa dengan memasuki dewan sambil menyanyi lagu hari jadi sebelum menyerah sejambak bunga dan replika kunci kereta mewah itu kepada isteri tercinta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...