Habis Puluhan Ribu Ringgit Untuk Kempen Dan Hanya Raih 90 Undian, Ini Respon Profesional Azwan Ali

Hiburan

Habis Puluhan Ribu Ringgit Untuk Kempen Dan Hanya Raih 90 Undian, Ini Respon Profesional Azwan Ali

Seperti yang anda semua tahu, tahun ini selebriti kontroversi Azwan Ali ataupun Diva AA turut bertanding dalam PRU 14 sebagai calon bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa semata-mata ingin cuba menewaskan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Diva AA tewas dan hanya meraih 90 undian sahaja. Namun, sikap profesional beliau harus dipuji.

Tidak terkejut dengan kekalahannya itu , Diva AA yang sudah berhabis puluhan ribu ringgit untuk berkempen mengakui bukan mudah untuk menawan hati pengundi dan menerima kehendak rakyat yang sudah membuat pilihan mereka.

Lebih afdal saya tidur saja. SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) menghubungi saya minta datang ke tempat pengiraan undi tetapi saya beritahu takkan hadir kerana saya seorang saja dan tiada jentera penyokong. Saya bukan orang politik dan siapapun yang menang terpaksalah terima kerana itu kehendak rakyat.

Saya tahu jika kalah akan hilang wang pertaruhan dan saya sudah niat sedekahkan kepada SPR. Tetapi perjuangan saya menentang Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tetap menjadi satu sejarah dan pengalaman yang cukup menarik serta pencapaian yang membanggakan saya.

Sejak awal saya tahu, saya adalah calon yang menang sorak tetapi orang melihat keunikan saya. Kalau saya nak bertanding, saya buat dan tidak ‘propa’ sehingga sanggup menggunakan wang sendiri tanpa adanya penaja walau difitnah pihak Azmin kononnya saya dapat dana daripada kerajaan.

Menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri sepanjang terlibat dalam dunia seni, Diva AA berkata kehilangan wang pertaruhan tidak perlu dijadikan isu. Beliau juga sudah tidak mahu membicarakan soal PRU 14 lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...