“Haba Akan Terperangkap” – Doktor Dedah Risiko Letak Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam

Kehidupan

“Haba Akan Terperangkap” – Doktor Dedah Risiko Letak Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian seorang doktor yang menegur tindakan sesetengah ibu bapa yang menggunakan kaedah tuam kepada anak mereka yang demam dengan meletakkan tuala basah di kepala mereka.

Amalan turun temurun ini telah menjadi kebiasaan buat ibu bapa yang merasa bimbang setiap kali anak mereka mengalami demam.

Advertisement

Menerusi video tersebut, seorang doktor mendedahkan tindakan tuam kepala dengan tuala basah ini sebenarnya boleh mengundang risiko sawan buat kanak-kanak.

baby

Bila kepala panas sangat sawan akan naik. Apa yang berlaku adalah haba itu akan terperangkap di bawah tuala.

Menurutnya lagi, haba panas di bawah tuala akan terus terperangkap dan gagal dilepaskan. Sebaliknya, ibu bapa boleh sapukan air secara terus ke kepala, leher, dah juga ketiak anak bagi menggurangkan suhu badan mereka.

Elakkan air terkena di tangan atau kaki supaya anak tak menggigil.

@klinikttdi_sgbesi

Reply to @nur_zara59 tips by @drman.ttdi #klinikttdisgbesi #fyp #fyp? #hidupsihatpilihankita #lakefieldsgbesi

? original sound – KLINIKTTDI_SGBESI – KLINIKTTDI_SGBESI

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen terkejut kerana baru mengetahui tentang perkara tersebut. Sekaligus mengucapkan terima kasih kepada penjelasan doktor berkenaan.

“Orang dulu-dulu namanya petua, saya pun tak suka letak tuala dekat kepala anak sebab wap tak keluar,” tulis seorang netizen.

“Terima kasih doktor bagi ilmu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

kemalangan
2 years ago

“Masih Tunggu Apam Balik Yang Dipesan” - Wanita Trauma Kehilangan Suami, Hanya 37 Jam Bergelar Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...