“Haa, Ni Sotong Sebenar..” Viviana Abdullah Bergaya Seperti Patung Squid Game Sempena Sambutan Halloween

Hiburan

“Haa, Ni Sotong Sebenar..” Viviana Abdullah Bergaya Seperti Patung Squid Game Sempena Sambutan Halloween

Personaliti media sosial dan juga pengacara majlis, Viviana Abdullah sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila dia tampil berkongsi mengenai kostum sempena sambutan Halloweennya pada tahun ini.

Viviana Abdullah
3 years ago

Segak Berbaju Melayu, Viviana 'Lelaki Berloceng' Kembali Pada Fitrah Pada Hari Raya

Advertisement

Tampil menggayakan pakaian seperti patung drama siri popular Korea Selatan, Squid Game, Viviana memuat naik fotonya itu menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat.

“Halloween kan dah dekat, kita post kan lebih awal yer..” tulis Viviana atau nama sebenarnya Wan Marzuki Wan Daud di bahagian kapsyen foto tersebut.

Difahamkan gaun berona jingga dan kuning itu merupakan hasil rekaan pereka fesyen terkenal,  Rizman Ruzaini.

Menjengah ke ruangan komen, muncul pelbagai respon dan reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gaya Viviana itu.

Ada yang berpendapat Viviana kelihatan lebih menyeramkan daripada patung Squid Game yang sebenar.

“Sotong sebenar..” usik netizen.

“Ni kalau tak mati kena tempat, mati kena carut je..” tulis seorang lagi peminat.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 13,000 tanda suka dan ratusan komen daripada pengguna media sosial.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...