Guru Minta Pelajar ‘Non-Muslim’ Makan Sorok-Sorok, Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa

Kehidupan

Guru Minta Pelajar ‘Non-Muslim’ Makan Sorok-Sorok, Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa

Sempena bulan Ramadan, kebanyakkan sekolah akan membuat satu polisi dimana kantin sekolah akan ditutup bagi memastikan setiap murid beragama Islam berpuasa dan untuk murid bukan Islam pula, mereka digalakkan untuk membawa bekalan dari rumah tetapi perlu makan di ruangan lain.

Biarpun begitu, satu makluman yang sudah disebarkan kepada ibu bapa sekolah rendah kebangsaan menerusi WhatsApp telah pun di salah tafsir hinggakan mereka membuat spekulasi sendiri.

Advertisement

Melalui laporan mStar, didapati ibu bapa murid di sekolah berkenaan tidak berpuas hati, lalu memuat naik status di Facebook, namun sempat selit ayat bahawa dia menyayangi semua bangsa.

ibu bapa tak puas hati kantin sekolah ditutupSumber : mStar  

Sebab pihak ibu bapa itu tidak berpuas hati adalah kerana kenyataan berkenaan menyatakan jika anak mereka tidak berpuasa, pihak sekolah berharap mereka sudah bersarapan di rumah dan bekalan tidak dibenarkan untuk dibawa ke sekolah secara terbuka.

Untuk mendapat kepastian, mStar telah menghubungi pihak sekolah itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mendapati, pemakluman itu hanyalah untuk murid Islam sahaja.

Ia tak libatkan murid Moral dan mereka ditempatkan di bilik makan khusus. Murid Islam yang masih kecil juga ditempatkan di bilik khas jika tidak berpuasa.

Mengulas ayat ‘bekalan air minuman tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan’ membawa maksud jika murid bawa bekalan air dari rumah, maka ia perlu diletakkan di dalam beg atau bekas makan supaya murid yang berpuasa tidak melihatnya.

Dalam pada itu, guru terbabit sempat memohon maaf seandainya kenyataan dari pihak sekolah menguriskan hati para ibu bapa ataupun di anggap racist.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

influencer tak mahu panjangkan isu 'self-reward'
2 years ago

"Bulan Mulia, Baik Fokus Ibadah" - Tular Isu 'Self-Reward', Influencer Enggan Panjangkan Cerita

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...