Guru Gigih ‘Conteng’ Lantai Ajar Subjek Ekonomi Raih Pujian Warga Maya

Kehidupan

Guru Gigih ‘Conteng’ Lantai Ajar Subjek Ekonomi Raih Pujian Warga Maya

Kesungguhan dan kegigihan seorang guru yang menconteng lantai untuk tujuan mengajar subjek ekonomi bagi pelajar sekolahnya dalam kelas online dipuji warga maya.

Menerusi video tular di Tik Tok yang dimuat naik oleh anak perempuan guru itu yang bernama Aina jelas terpancar kegigihan bapanya menulis nota ringkas pada lantai mozek untuk dijadikan rujukan supaya lebih faham akan subjek yang diajarnya.

Advertisement

“Sebenarnya saya ada cadang kepada ayah untuk gunakan papan putih saya tetapi ayah lebih selesa tulis di lantai mozek mungkin kerana dia mahu memudahkan pelajar untuk lebih faham”.

“Mungkin juga pengiraan subjek tersebut agak panjang, jadi ayah mahu pelajar nampak jelas pengiraan termasuk graf yang dilukis oleh ayah”.

Aina menjelaskannya di ruangan komen video berkenaan.

Rata-rata warga maya meninggalkan komen yang positif di mana mereka memuji kesungguhan bapanya dalam mengajar subjek itu semasa kelas online dan mengambil inisiatif untuk menconteng mozek agar ia dapat dilihat dengan jelas dan mudah difahami.

Menurut salah satu komen di Tik Tok, dia amat menghormati tindakan guru-guru yang sanggup berkorban dan buat apa sahaja supaya pelajar mudah faham apa yang diajar oleh guru.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...