“Guna Tangga, Cegah Penyakit” – Minta Kerajaan ‘Ban’ Orang Muda Guna Lif, Doktor Ini Dikecam Teruk

Kehidupan

“Guna Tangga, Cegah Penyakit” – Minta Kerajaan ‘Ban’ Orang Muda Guna Lif, Doktor Ini Dikecam Teruk

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai pasangan suami isteri bersama anak tidak diberi laluan untuk naiki lif dahulu, sedangkan ketika itu mereka sedang membawa stroller.

Lebih menyakitkan hati pasangan tersebut, orang-orang yang didakwa mementingkan diri itu merupakan warga muda, dimana mereka boleh saja memberi laluan dahulu kepada pasangan berkenaan yang lebih memerlukan.

Advertisement

Membuatkan perkara tersebut menjadi lebih ‘panas’ apabila ramai yang meninggalkan respon mengenai isu yang terjadi. Ada yang menyebelahi pasangan tersebut dan ada juga golongan muda yang menyalahkan pasangan berkenaan kerana memiliki anak adalah pilihan mereka.

Susulan itu, seorang doktor telah membuat satu ciapan di Twitter meminta agar pihak kerajaan ‘ban’ golongan muda dari menaiki lif dan menyuruh mereka untuk guna tangga ataupun escalator.

Ciapan berkenaan turut mendapat perhatian warganet, dimana mereka rata-ratanya tidak setuju dengan cadangan terbabit dan merasakan ia sama sekali tidak masuk akal kerana tak semestinya jika orang itu muda, dia tidak mempunyai kekurangan.

Dr kena kecam

Sedar dirinya dikecam teruk oleh netizen, doktor terbabit telah memohon maaf dan menjelaskan cadangannya itu hanya untuk kebaikan golongan muda menjalankan gaya hidup sihat.

Dr kena kecam

Tetapi dalam pada masa yang sama, dia turut mempersoalkan kenapa golongan-golongan muda yang ada dalam situasi bersama pasangan itu tidak memberi mereka laluan, sedangkan poster peringatan sudah pun berada di depan lif.

aedy ashraf Daiyan Trisha
4 bulan lalu

"Sweetnya, Bersemut Screen!" - Terlentok Di Bahu, Hubungan Aedy Ashraf Dan Daiyan Trisha Jadi Tanda Tanya Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    August 22, 2022 at 12:08 pm

    It’s all about education. Sy pun baru 43 tapi lutut fail nak naik tangga. You need to know who to prioritize and have some common sense, respect for those really in need. Mmg lift tu ader signage keutamaan kepada org2 tua, disable, parents with strollers, etc but lift tu is not designed to cater to these people only. Manusia nie ader akal, cuma very selective biler nak pakai..haha

  2. Anonymous

    August 22, 2022 at 11:54 am

    Laa betullah dia ckp tu. Kan dia ckp org muda yg boleh berjalan, as in sihat dan bukan disabled la.. ni kdg2 aku tgk yg couple2 pegang2 tgn siap tolak2 org yg bawa baby bawa stroller/ shopping trolley

  3. Anonymous

    August 22, 2022 at 11:33 am

    over lah doctor social media ni… semua menda ko nak komen. pergi buat keje ko lah. jangan asyik menempek kat social media nak komen semua benda. macam nak jadik politician je

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...