Guna Senapang Patah Tanpa Lesen, Hairul Azreen Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Hiburan

Guna Senapang Patah Tanpa Lesen, Hairul Azreen Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Gara-gara merakam dan mengongsikan video aksi menembak menggunakan senapang patah tanpa lesen, pelakon Hairul Azreen, 30, telah dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Seri Iskandar, Perak.

Mendakwa tidak tahu ia merupakan satu kesalahan, Hairul mengakui kesalahannya dan menganggapnya satu pengajaran buat dirinya dan semua pihak:

Advertisement

Ini pengajaran kepada saya dan juga orang lain juga yang tidak tahu ia satu kesalahan.

Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu dengan rakam gambar (sambil memegang senapang dan menembak), salah di sisi undang-undang. Saya banyak berlakon dalam filem aksi. Jadi, saya mahu rasa pegang sendiri.

Apabila diberitahu polis sebentar tadi, ini pengajaran buat saya dan kesilapan yang saya tak akan saya ulangi lagi. Alhamdulillah, saya dibebaskan dengan jaminan polis.

Berita Harian melaporkan, rakaman video Hairul melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah jenis SK500 milik bapa saudaranya yang berusia 70 tahun telah menjadi viral sejak beberapa hari lepas, mendorong pihak polis memanggilnya.

Benda nak jadi, hendak buat macam mana? Bagaimanapun, sesi memberi keterangan sebentar tadi berjalan lancar dan polis banyak menerangkan mengenai perkara yang saya tidak tahu, dan kebanyakannya perihal undang-undang.

Walaupun saya berlakon dalam filem kepolisan atau tentera, undang-undang tetap perlu dijaga.

Hairul telah menggunakan senjata itu ketika singgah di rumah bapa saudaranya di Perak, yang merupakan lokasi persinggahan untuk dia memancing ikan. Bapa saudaranya turut kelihatan dalam rakaman video tersebut. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...