Guna Model Berbadan Gempal Di KLFW : Fazura Sindir Faezah Elai?

Hiburan

Guna Model Berbadan Gempal Di KLFW : Fazura Sindir Faezah Elai?

Idea selebriti popular, Nur Fazura yang memilih model berbadan gempal untuk beraksi di atas pentas peragaan KLFW 2018 dan membawakan label Fazbulous mendapat pujian ramai. Iyalah, jarang sekali pereka fesyen ingin menampilkan model dengan saiz badan yang agak gempal dan kalau ada pun ia hanya dapat dilihat diluar negara sahaja.

Advertisement

Menurut model tersebut yang bernama Monalisa ataupun lebih mesra disapa  Pom,  tujuan Fazura memilihnya untuk model pada acara tersebut bukanlah bermaksud untuk memalukan dirinya seperti didakwa segelintir pihak.

Fazura ingin meyampaikan mesej yang sangat berguna kepada masyarakat dimana isu ‘body shaming’ tidak wajah dijadikan sebagai bahan jenaka. Malah, beliau juga mahu memberikan inspirasi kepada mereka yang berbadan besar untuk tidak merasa malu ataupun kurang yakin dengan bentuk fizikal mereka sendiri. Setiap orang berhak untuk dilayan sama rata.

Walaubagaimanapun, ada pula dakwaan yang mengatakan pemilihan Fazura itu sebenarnya hendak menyindir Faezah Elai yang sebelum ini ‘body shaming’ seorang wanita yang mewakili pelakon Fazura untuk menerima trofi di Anugerah Telenovela 2018.

Terdahulu, Fazura yang sangat kecewa dengan insiden tersebut merasakan apa yang dilakukan oleh Faezah sebagai satu perkara yang memalukan dan sudah mengaibkan orang lain sehingga menyebabkan wanita yang mewakilinya itu murung seketika saat satu dewan mentertawakannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...