Usahawan kosmetik Nur Sajat seakan tidak boleh lekang daripada kontroversi, isu tentang dakwaan dia menukar status jantinanya minggu lalu sehingga hari ini masih lagi menimbulkan pelbagai persoalan.
Tidak cukup dengan itu, timbul pula isu baru dimana pihak kastam telah menyerbu gudang yang menyimpan stok produk jualannya. Menerusi akaun Instagram, Sajat ada memuat naik video ketika serbuan itu, dan memberitahu pihak berkuasa itu tidak bersalah dan apa yang berlaku adalah kesilapan pengurusan gudang tersebut.
Ramai juga yang bertanya apa yang berlaku sebenarnya dan memberikan kata-kata sokongan terhadap Sajat agar terus bertabah. Namun, ada juga yang menganggap insiden tersebut adalah salah satu petanda agar dia bertaubat.
Dalam berniaga memang orang lain hanya akan nampak indahnya sahaja, iyalah ada rumah besar dan kereta mewah, tetapi mereka tidak mengetahui kesusahan yang terpaksa ditempuh untuk berjaya. Setakat ini punca gudang tersebut diserbu masih tidak diketahui lagi dan pihak Sajat juga tidak tampil memberikan sebarang penjelasan.