(GOSIP)Jejai Dan Fasha Sudah Bernikah?

(GOSIP)Jejai Dan Fasha Sudah Bernikah?

Panas juga gosip yang disampaikan oleh blog Dapur Kak Jee ini. Menurut penulis itu, seorang rakannya memberitahu yang Jejai dan Fasha sudah bernikah di negara asing belah utara, tetapi terpaksa dirahsiakan dari banyak pihak atas sebab tertentu. Khabarnya juga, mereka sudah bernikah beberapa bulan lepas tetapi pemberi informasi tidak ingat secara tepat tarikhnya. Tulis Kak jee yang merupakan seorang bekas wartawan:-

Semalam, Kjee ada post entry suruh dia cepat nikah dengan kekasihnya Jejai sebab dah boring sangat asyik baca story dia dan Jejai, kejap cinta kejap putus. Pastu cinta balik. Dan tetiba ada cerita pulak nak nikah.

And then, Kjee dapatlah citer seorang rakan FB kata mereka sudan kahwin. Kahwin? Kjee garu kepala. Kahwin? Kahwin ke nikah?

Hehehe ketawa dia. Dah nikahlah Kjee, kata teman tu. Isyhhh walaupun wartawan pencen tetapi hati naluri ni masih ada perasaan ingin tahu. Kemudian Kjee dapatlah citer tetapi taklah banyak sebab fren FB tu kata nanti dia tanya lagi mereka yang lebih tahu mengenai pernikahan itu. Depa nikah dah banyak bulan tapi tak ingat tarikh, katanya.

Jeng jeng jeng dia confirm yang FASHA DAN JEJAI SUDAH NIKAH di Thailand beberapa bulan yang lalu!! Nikah senyap2 sebab ada masalah. Kjee kata masalah keluarga ker sebab setahu Kjee, ibu Jejai tak suka Fasha! Opppsss maaf lah yer.

Fren FB tu kata sikit lebih kurang macam tu lah. Kononnya pasangan pengantin baru tu sedang berusaha mencari jalan mengatasi masalah keluarga itu. Itu menyebabkan Fasha susah sangat nak buat pengumuman. Maklumlah, bab2 keluarga ni amat sensitif.

Dan yang syoknya Kjee quote and unquote apa fren tu tulis semalam kat wall FB Kjee. Jangan korang nak cari sebab Kjee dah padam atas sebab2 tertentu.

Katanya sikit lebih kurang begini: “Kalau Jejai ada kat rumah Fasha, kereta Jejai akan ditudung (dengan cover kereta kot). So kalau nak tahu Jejai ada, intai2lah kereta2 kat dalam kawasan rumah Fasha..”

Oppsss kalau dah sah nikah (walaupun di Thailand, nikah tu sah kalau ada surat nikah), kenapa sampai nak sorok2 lagi kan? Biarlah kan? Tak payah sorok2. Buatnya ada yang nampak dan report kat pencegah maksiat, kan jadi hal pulak. Tapi kalau geng pencegah maksiat datang, pasti terkejut beruk muka mereka apabila Fasha dan Jejai keluarkan surat nikah.

Kepada Fasha dan Jejai, Selamat Pengantin Baru seandainya benar berita yang Kjee terima itu. Kami semua mendoakan agar Allah swt permudahkan usaha kalian untuk menjernihkan hubungan kekeluargaan selepas sah menjadi suami isteri. Restu keluarga terutama sekali ibu terlalu penting dalam sesebuah perkahwinan.

Advertisement

Tak tahu sama ada berita ini betul atau tidak, kalau betul, baguslah tu dan tahniah diucapkan. Pasangan ini juga kebelakangan ini semakin kerap muncul di khalayak ramai dan kelihatan begitu mesra sekali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...