(GOSIP)Syamsul Yusof Ada Hubungan Dengan Nurul Ain Nordin?

Hiburan

(GOSIP)Syamsul Yusof Ada Hubungan Dengan Nurul Ain Nordin?

Fuh. Di kala Abang Nara menerima email ini, Abang Nara terkagum sebentar dengan kehebatan penangkap gambar-gambar Syamsul Yusof dan Nurul Ain Nordin ini. Memang ada ciri-ciri paparazi yang sejati. Kalau diasah bakat pasti akan lebih meletup lagi. Abang Nara suka melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah Syamsul Yusof. Mungkinkah dia ada hubungan istimewa dengan Nurul Ain Nordin?

syamsul yusof

Advertisement

Berikut ialah email yang ditulis oleh si penghantar:-

Salam Nara…

Tujuan saya hantar email ni bukan sebab jeles atau apa. cuma menyampah dengan sikap hipokrit pengarah tersohor dan pengarah baru yang kononya bagus sangt dan suka mencetuskan kontroversi. saya cuma nak bagitau kepada media luar sana yang tertipu dengan pengakuan dari pengarah baru tu yang kononnya antara dia dengan SYamsul Yusuf tu xde apa-apa hubungan sedangkan saya di set dan beberapa krew yang lain sakit mata tengok aksi diaorg berdua yang cuba cover line.

Pelikkan… Syamsul Yusof pengarah tersohor boleh bekerja dibawah arahan pengarah yang baru first time mengarah dan production yg baru?? … bapak dia tak marah ke? setau saya bapak dia tak lepaskan syamsul tu berlakon dengan production lain. nama company pun lebih kurang sama.star scope dan skop production. Syamsul ada share ke dalam company tu? tak kan semua kebetulan je kot kan… Kenapa agaknya samsul nak berlakon dengan pengarah yang baru nak belajar mengarah ni?????? apa syamsul dapat? tak cukup ke 12 juta kutipan KL Gangster sampai nak kena berlakon dengan pengarah baru?? sedangkan dia boleh berlakon dengan pengarah2 lain yang ternama di Malaysia nih. pelikk kan??

Kalau takde sebab taklah jadi macam tu kan?? xgitu???? Isunya… Kenapa nak sorok-sorok… siap ada meja khas untuk diaorang berdua lagi di bahagian lain yang mana tak sama tempat dengan artis lain duduk. Sampaikan kadang2 tak ada scenepun syamsul masih ke set sehingga subuh… temankan ex praktikal skop ke syamsul???!!!! Menarikkan! ni antara gambar buktinya.

Bagi Abang Nara susah nak cakap mereka berdua ada hubungan hanya berdasarkan gambar-gambar sebegini. Biasalah anak-anak muda lepak duduk minum kopi. Takkan sebab minum kopi terus boleh dichop sebagai bercinta. Namun kalau betul pun apa salahnya. Syamsul pun dah lama solo. Tak gitu?

Lagi beberapa keping gambar yang dihantar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

syamsul yusof
syamsul yusof
syamsul yusof
syamsul yusof
syamsul yusof

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...