“Gila Ke Telan Telur Mentah Sampai 5 Biji?” – Beranak 5 Kali Tak Koyak, Netizen Kritik Tips ‘Palatao’ Wanita Ini

Kehidupan

“Gila Ke Telan Telur Mentah Sampai 5 Biji?” – Beranak 5 Kali Tak Koyak, Netizen Kritik Tips ‘Palatao’ Wanita Ini

Baru-baru ini perkongsian seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata tentang tips untuk melahirkan anak tanpa koyak mendapat perhatian ramai kaum Hawa yang lain.

Menerusi video dimuat naik di TikTok dan Facebook, wanita dikenali oleh pengikutnya dengan panggilan Dikyah mendedahkan bahawa dia tidak pernah dijahit selepas melahirkan kesemua lima anaknya secara normal.

Advertisement

Disebabkan ada yang bertanya, Dikyah telah memuat naik video memberikan tips yang diamalkan olehnya dan turut mendakwa cara itu membuatkan ‘vagina’ tidak koyak.

Mengejutkan, Dikyah memaklumkan dia mengamalkan makan telur mentah lebih kurang 5 biji yang dicampurkan dengan marjerin.

Dakwanya lagi, tips itu membuatkan ibu mendapat lebih tenaga ketika proses meneran serta turut melembutkan peranakan.

Minum maso contraction. Duk tengoh mulas nok branok agok agok 4-5cm, togok slaluh. Kalu bo stakat mulas nok berok toksoh lorak togok lah nyor.”

@mcyahjoanjett

Reply to @lissaazizan920 ni hok dikyah amal suh mudoh branok xsoyok.

? original sound – mcyahjoanjett – mcyahjoanjett

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai jenis reaksi netizen di Facebook di mana ramai yang menegur amalan tersebut membahayakan kerana ibu mengandung berisiko terkena kuman salmonella jika telur dimakan mentah.

Namun, mengejutkan apabila ternyata ada juga wanita lain turut mengamalkan tips tersebut ketika mengandung dan sebelum melahirkan.

Ada juga segelintir yang berpendapat perkara itu adalah rezeki masing-masing, bukanlah disebabkan tips atau amalan seperti dinyatakan.

Menurut mereka ini, tidak semua ibu dapat pengalaman beranak tanpa jahitan. Itu semua adalah kehendakNya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tips anak hilang
2 years ago

"Jangan Panggil Nama" - Wanita Ini Beri Tips Cari Anak Hilang Di Tempat Awam, Dakwa Lebih Senang Jumpa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...