“Gila Agaknya” – Video ‘Sales Assistant’ Dikritik, Dakwa Jika Gaji RM2800 Pun Dah Boleh Beli X50

Kehidupan

“Gila Agaknya” – Video ‘Sales Assistant’ Dikritik, Dakwa Jika Gaji RM2800 Pun Dah Boleh Beli X50

Sudah tentu setiap orang ada kereta impian tersendiri dan kadang kala hasrat untuk memiliki kenderaan tersebut melangkau kemampuan sesetengah individu.

Bagaimanapun, terdapat juga golongan yang sanggup ‘ikat perut’ atau mengehadkan perbelanjaan lain asalkan dapat memiliki kereta idaman.

Advertisement

2 years ago

Tayang Kereta Mewah, Netizen Kagum Usahawan Wanita Kelantan Pandai Cari Duit

Perkongsian seorang ‘sales assistant’ mendapat kritikan segelintir warganet di Twitter gara-gara video mempromosikan kereta ‘terhangat’ ketika ini, Proton X50.

Menerusi video tersebut, ‘sales assistant’ wanita itu membuat ‘content’ seolah-olah menjawab pertanyaan seseorang kereta apa boleh dibeli jika bergaji RM2800 sebulan.

Dia kemudian memberitahu bahawa individu terbabit boleh memiliki kereta Proton X50 dengan gaji tersebut.

Cara wanita itu mempromosikan X50 bagaimanapun tidak disukai sesetengah pihak kerana menurut mereka sebenarnya ia ‘menjerat’ pemilik kereta terbabit yang bergaji kecil.

Ada yang berkata jika bujang sekali pun, tidak perlulah galakkan mereka memakai kereta yang terlalu mahal.

Sebaliknya, ‘suggest’ kereta yang mengikut kemampuan gaji masing-masing apatah lagi kenderaan turut memerlukan ‘maintenance’.

Namun, ada yang berkata kebanyakan ‘sales assistant’ menggunakan taktik sebegitu demi untuk mendapat komisyen mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...