Gemar Aktiviti Lasak Ketika Mengandung, Dayah Bakar Kini Amalkan Yoga

Hiburan

Gemar Aktiviti Lasak Ketika Mengandung, Dayah Bakar Kini Amalkan Yoga

Pengacara Dayah Bakar yang kini memasuki trimester ketiga fasa kehamilan berkata, dia bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepada dirinya.

Mengakui meminati aktiviti sukan lasak seperti ‘boxing’ dan badminton, pengacara program Borak Kopitiam ini mengakui tidak sedar dirinya hamil ketika aktif bersukan lasak pada awal kehamilan dulu.

Advertisement

Pernah beraktiviti ‘boxing’ selama tiga hari berturut-turut sebelum mengetahui dirinya mengandung, dia kini mahu berehat seketika daripada melakukan aktiviti sedemikian.

Menulis catatan kehamilan di ruangan instagram miliknya, Dayah kini hanya mahu melakukan aktiviti ringan seperti yoga.

View this post on Instagram

Sesekali menghirup udara segar , ahhh nyaman sekali ??? Siapa yang follow Dayah , mmg tau Dayah jenis yang active , selalu pergi boxing ?, piloxing, zumba, badminton and apa2 yang boleh kasi peluh . Fakta : Dayah pernah 3 hari straight pergi ? , and tak sedar waktu tu dah ? ? Alhamdulillah takda apa2 . Doc kata mungkin badan Dayah dah terbiasa waktu tu . Jadi sekarang , Dayah take a break sekejap . Just buat basic stretching atas yoga mat je . Instructor pun ikut Youtube and monitored by my Tchanif? What do you guys think ? Bagi Dayah, bagus untuk a ?to take a fresh air and brisk walking . Tapi kan ….. Semalam kan waktu pergi taman , baru sampai je terus cakap “ Sedapnya kalau dapat Ice Cream Roti “ . Sengkuang calit takda jual ke ? ??? #Alhamdulillah #MashaAllah #3rdtrimester

A post shared by YOUTUBE : DAYAH BAKAR CHANNEL (@dayahbakar) on

Advertisement

“Fakta: Dayah pernah 3 hari straight pergi boxing, and tak sedar waktu tu dah pregnant. Alhamdullilah takda apa-apa. Doktor kata mungkin badan Dayah dah terbiasa waktu tu,”

 Sering mengamalkan gaya hidup aktif, Dayah dalam perkongsiannya juga menyarankan supaya wanita hamil untuk rajin menghirup udara segar dan berjalan ketika waktu pagi.

Dia yang kini memasuki fasa kehamilan itu juga ada memuat naik foto persiapan menyambut si kecil yang akan tiba tak lama lagi.

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar terdahulu telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan, Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Rena

    June 24, 2020 at 5:09 pm

    Nak tanya je bukankah yoga diharamkan utk org Islam?

    • Zioe

      June 25, 2020 at 6:22 am

      Ya…haram…kalau perbuatan yoga tu diiiringi dgn lagu2 spt mantra2 asal yoga..sekiranya x diiringi dgn lagi2 sedemikian…diganti zikir n istighfar…,ia lebih kpd aktiviti relaxing semata2…

Loading...