Written by serenity | January 15th, 2018

Hujung minggu lepas, Zulin Aziz dan seorang pengguna Facebook telah terlibat dalam satu perbalahan apabila pengguna Facebook membuat kenyataan jelik di media sosial. Asalnya,  Zulin memberi kenyataan kepada Harian Metro bahawa dia tidak kisah bermadu.

Zulin memberitahu, kenyataannya itu ialah satu bentuk jawapan selamat kerana dia tidak ingin mengatakan ‘tidak’ kepada sesuatu kemudiannya melakukannya pula. “Saya bukan tahu jodoh saya dengan siapa,” kata Zulin, walaupun dia sebenarnya tidak rapat dengan mana-mana lelaki yang bergelar suami orang.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Pengguna Facecook itu memberi reaksi kepada artikel Harian Metro dengan membuat kenyataan menggunakan akaunnya menggelar Zulin ‘perempuan Melayu sundal’. Ini menyebabkan Zulin membalas kenyataannya dan peminat-peminat Zulin juga telah membalas kenyataan wanita tersebut. Wanita itu kemudiannya membalas bahawa Zulin seorang penipu dan akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis kerana buli siber.

Zulin bagaimanapun telah membuat salinan semua komen dan kenyataan wanita itu mengenai dirinya, dan memuat naik ke akaun Facebooknya. Setelah mendapatkan nasihat peguam, Zulin berkata kenyataan wanita itu yang menggelarnya ‘sundal’ adalah berbentuk fitnah dan dia berhak membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita itu kerana memfitnah.

Zulin kemudiannya telah memberi tempoh masa 24 jam kepada wanita itu untuk membuat permohonan maaf terbuka di media sosial atau media massa. Sekiranya gagal, Zulin akan meneruskan tindakan berlunaskan undang-undang terhadap wanita tersebut.

Suami wanita itu yang merupakan seorang peguam telah menghubungi Zulin kemudiannya untuk menyelesaikan perkara tersebut. Satu kenyataan permohonan maaf telah dimuat naik di akaun wanita itu kemudiannya:

Zulin telah memuat naik kenyataan maaf tersebut di akaun Facebooknya, dan menerima permohonan maaf itu serta membatalkan hasrat mengambil tindakan undang-undang:

Alhamdulillah.
Saya dengan rendah hati memaafkannya dan semoga pekara ini tidak berulang lagi walaupun dari pihak yang lain juga sebagai pengajaran pada yang lain.

Oleh kerana permohonan maaf dah dibuat, saya mohon semua hentikan tohmahan keatasnya dan memaafkan segala perbuatannya ya? Semua manusia buat silap.

Tak apa, seikhlas hati saya sudah memaafkan walaupun banyak typonya, tak mengapalah yang lain urusan awak dengan Allah.

Terima kasih yang sentiasa beri sokongan pada saya. Sekiranya statement saya di Harian Metro menyinggung hati mana-mana pihak, saya juga memohon maaf.

Apa yang boleh dipelajari di sini? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sundal bermaksud:

Definisi : 1. tidak elok kelakuannya (bkn perempuan), jahat, lacur: kau memang gatal, ~; 2. perempuan lacur, perempuan jalang; ~ bolong sj hantu puntianak, langsuir; bersundal, menyundal menjadi sundal (bkn perempuan), menjadi pelacur, melacur; mempersundalkan menyebabkan atau me­maksa (seseorang) menjadi sundal atau perempuan lacur; persundalan perihal bersundal (menyundal), pelacuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Justeru menggelar seorang wanita ‘sundal’ ialah satu bentuk fitnah apatah lagi atas sebab remeh, seperti Zulin menyatakan kesediaan untuk menjadi isteri kedua. Ia tidak sepatutnya dilakukan, apatah lagi bagi seorang wanita untuk memberi gelaran buruk sebegitu kepada wanita lain, yang tidak dikenali secara peribadi pula.

Sikap Zulin menerima permohonan maaf wanita itu mendapat pujian Netizen walaupun ada yang tidak berpuas hati kerana nama Zulin dieja dengan salah.

Insiden ini sepatutnya memberi pengajaran kepada Netizen untuk tidak melampau dalam memberikan komen di media sosial. Jangan terlalu beremosi terutamanya jika identiti anda dikenali. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

31 responses to Gelar Zulin Aziz ‘Sundal’ Kerana Kenyataan Mengenai ‘Bermadu’, Pengguna Facebook Mohon Maaf

  1. melati says:

    “Khinzir lagi Manis dari Madu ” tu jewwwww

    2

    12
    • Anonymous says:

      Kesian lawyer kawin dgn pmpn bodoh. Lain kali cari bini yg cerdik. tak pasal ko pun kena tempias sbb bini tak cerdik ko tu. kecik2 mak suruh belajar tak nak. dah besar cari laki ada kerjaya tp otak tak cerdik tetap ada.

      60

      0
      • Anonymous says:

        Aku lg kesian dkt Zulin sbb dia kawan dgn laki bujang, org hentam dia. Ni dia kuar statement klise pun, org hentam dia. Nak kena bercinta dgn monyet ke br puas hati? Bermasalah betul netizen skrg ni.

        54

        0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      betol betol..hehehe..

      0

      0
  2. miamore says:

    kah kah kahh!!!

    5

    0
  3. nok gebuzzz says:

    lainkali sblom buat pke dulu..jgn melulu nak sound org ckp yg bukan2..kalau satu hari nnty kena btg hidung sendiri laki ko senyap2 kawin baru tau….kerana mulut badan binasa cik puan oii…
    to zulin..lainkali jgn buat statment yg bukan2,org malaysia skrang ni kuat sentap!

    24

    0
    • Anonymous says:

      Betul. Tgk muka yang bagi statement DURA HATTA tu… muka cantik, laki hensem, anak sepasang… risau benar laki kena cantas. Post kat fb pun asyik paranoid anti org kawin laki orang. Harap2 lakinya pun ada skandal. Teruk sangat paranoid nya. Muka cantik, mulut sedap kata Zulin sundal.

      10

      1
      • Anon KT says:

        Sokong ayat2 ko.. benci sangat si Dura Hatta tu dgn perempuan b’suamikan suami orang sampai bg gelaran ‘sundal’. Betapa hinanya isteri ke2, ke3 & ke4 bagi dia sampai meroyan mcm laki dia pulak yg ada bini selain dia.

        Masalahnya; klu pun ss’orang perempuan tu b’jodoh dgn suami orang tak kiralah yg no berapa sekalipun, itu bukan kerja @ urusan kita. Itu urusan Allah.. kita buat kerja kita, biar Allah buat urusanNya atas HakNya..!! Aqidah tu kena jaga! Takut esok kena tinggal laki, si Dura tu yg kawin laki orang.. time tu nak bg alasan apa??

        Lbh baik bg jwpn mcm Zulin tu.. dia takut nak jwb “TAK NAK TERIMA SUAMI ORANG SEBAGAI SUAMI” drpd mcm Izreen yg mula2 meroyan laki ada perempuan lain tp tup2 dia sendiri ambik suami orang sbg suaminya.

        10

        1
      • Ye ke? says:

        Laki die penah ade scandal kot

        0

        0
  4. Anonymous says:

    Terlajak perahu, terlajak kata…..

    6

    0
  5. Anonymous says:

    Aku baca statement si zulin pun maca rasa hot jugak. Tapi cik kak pengutuk oit,mulut tu jaga la sikit. Tak payah la nak hot sangat sampai maki orang tu memacam. Apparently ramai orang yang perasan dia memang suka condemn artist dengan bad words.

    2

    1
  6. lina says:

    Zulin .. kau caras je laki dia .. baru padan muka .. peduli hapa..

    8

    2
  7. Anonymous says:

    aku tgk kat melodi tu, ok laa nmpk zulin ni mcm insaf sbb da terlajak kata. tapi yg aku meluatnye si izreen tu mcm over plak, da amek laki org ko nak propa eh. bile zulin doa mintak2 dijauhkan then si izreen ni potong cakap zulin kang Allah nak bg mane nak tau. ewah ko da sailang laki org pastu ko nak ajar org lain plak jd kaki sailang mcm ko. so dah terbukti lah si izreen ni mmg busuk hati erghh!!

    21

    0
    • Anonymous says:

      sepanjang temuramah melodi tu izreen gelisah. x tentu hala duduk. nampak sangat mcm bersalah. cakap pun mcm org x cukup akal.

      7

      0
      • Anonymous says:

        ha’a weh aku pon prasan, ke mmg die semulajadi gedik mcm tu duduk pon mcm terkinja2, mmg langsung xde muke insaf kne kutuk 1msia, ok laa zulin, kitorg maafkan ko sbb mmg nmpk sgt muke ko mcm rase menyesal n ko pon mntk maaf sbb ckp mcm tu. cuma izreen tu apesal mcm ulat beluncas je menggelupur kepanasan pdhal msia skrg musim sejuk kihkih

        4

        0
  8. Anonymous says:

    Kesian tak pasai pasai laki dapat malu.

    6

    0
  9. wekkkkkkk says:

    apa2 pun jgn amek laki org, kalau sengaja amek, nnti kawen kt siam,pas tu x daftar kt sini, pas tu ssh kan “semua org”. Rasa nya zmn skrg ni bukan ‘terkawen dgn laki org” tapi sengaja kawenkan. Bukn mcm dolo2. Sbb pompuan kt Malaysia ni terbela..bukan teraniyaya. Komen di tujukan pada org awam muslim..tauuuuuu…

    2

    1
  10. dukun degawan says:

    Xyah takut laki kne caras…zurin tu xlawa mne pon…edit sne sni..

    0

    10
  11. Anonymous says:

    Xlawa pn…muka edit..xpyh nk takut suami kne caras…suami korang pn pk 2 kali nk ambik dia ni jd bini sbb kuat mkn..

    2

    8
  12. seroja says:

    Hahaha

    1

    0
  13. mana-mana pun ada says:

    zulin aziz penyampai radio suria fm…
    # salah tulis boleh padam
    # terlajak tulis bawah padah. huhuhuhuuuu

    1

    0
  14. Anonymous says:

    puan dura hatta ni nk emosi pon mulut jaga… tulis kt fb pulak.. given bad impression patut zulin saman jer… bagi peluang puan dura ni minta maaf lagi menjadi mulut2 puaka makcik bawang mengata.. zulin ckp jika jodoh jer belum caras mane2 laki org pon… soalan klise jwb wartawan jer pon… senang2 gelar org sun*** jgn smpi esok2 anak puan dura sendiri org lain pulak jdi sun*** amik laki org…

    7

    0
  15. mcm2.. says:

    sweet plak muka Zulin dah kena make-up mcm gambr kat atas tue…ini mcm sure bini2 org nglabah lebih, takut lakinya ter’berkenan’ plak…ooppss..peace..

    1

    1
  16. Kiki says:

    Durra hatta ….janganlah kau berdukka larra…. InsyaAllah Kita bakal bermadu…..

    1

    0

Leave a Comment

Optional