Gelakkan Sebutan Bahasa Inggeris Guru, Penyampai Radio Ini Dikecam Netizen

Trending

Gelakkan Sebutan Bahasa Inggeris Guru, Penyampai Radio Ini Dikecam Netizen

Setiap orang pasti mempunyai kekurangan dan kelebihan dalam diri masing-masing. Jangan hanya disebabkan kekurangan seseorang itu orang lain memandang rendah tanpa melihat kelebihan yang dimiliki.

Hal ini berkait dengan satu video yang tular di Twitter menerusi akaun @amer_aljeffrey dimana seorang penyampai radio memberi reaksi kepada seorang wanita yang dipercayai merupakan seorang guru.

Advertisement

https://twitter.com/amer_aljeffrey/status/1362578016639979521

Reaksi lelaki berkenaan melalui video tersebut mendapat kecaman yang hebat daripada warganet kerana dia mentertawakan cara guru tersebut bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Menerusi ruangan komen, ada yang mengatakan guru tersebut bercakap dalam Bahasa Inggeris seperti itu bertujuan untuk mengajar murid sekolah rendah. Jadi, dia perlu menyebut satu-satu perkataan supaya lebih jelas dan mudah difahami.

Advertisement

Video yang raih lebih 100,000 tontonan di Twitter itu menjadi bualan hangat warganet sekaligus memberi kecaman yang hebat kepada penyampai radio berkenaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...