Gara-gara kenyataan berani yang dimuat naik bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Suhaimi Saad di Facebooknya tempoh hari, ia nampaknya telah menarik perhatian Menteri Agama, Idris Ahmad.
Menerusi laporan akhbar berita Utusan Malaysia, Idris telah meminta pihak berkuasa agama Islam negeri terlibat untuk mengambil tindakan dan menyiasat dengan lebih lanjut mengenai kenyataan yang dikemukakan Suhaimi itu.

Ujar Idris lagi, diharap masyarakat di luar sana ambil maklum bahawa Jabatan Kemajuan Agam Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa cakna akan isu berkaitan akidah namun mereka menghormati bidang kuasa negeri.
Dalam kes ini, kita akan minta pengurusan agama negeri untuk menjalankan siasatan dan menyelesaikannya.
Tambahnya lagi, isu seperti itu sepatutnya tidak wujud dalam diri mana-mana individu atau masyarakat selaras dengan era perkembangan ilmu yang pesat dan membangun pada ketika ini.
Ujar Idris lagi, golongan seperti itu hanya wujud pada sekitar tahun 60-an dan 70-an sahaja.
Dalam pada itu, beliau berharap perkara seperti itu tidak melarat dan meminta pengurusan agama negeri terbabit untuk memanggil dan memberi nasihat serta berbincang secara empat mata dengan Suhaimi.
Misal kata Suhaimi masih berdegil, Idris memberitahu bahawa tindakan undang-undang seterusnya akan dikenakan kepada penyanyi itu.
Terdahulu, Suhaimi Saad yang menggunakan nama akaun Mosus telah menulis mengenai tujuh perkara yang diikuti umat Islam namun ditolaknya iaitu vaksin, bumi berbentuk bulat, sistem demokrasi, sistem perbankan riba, sistem pendidikan dunia, ganja dan ketum itu merbahaya serta kekuasaan Allah ada di mana-mana.
PleaseStudyandUnderstandFirst
December 8, 2021 at 8:27 pm
@Akuobservebakhanq pergi bace sal subjek geodesi tgk. Mmg ler x totally sfera sb kita ade mcm2 bentuk atas muka bumi ni (eg gunung, bawah laut dalam). Lagi satu kalau bumi ni rata, macam mane ko dpt direction dr waze, hadui le..
Akuobservebakhanq
December 8, 2021 at 11:27 am
sebenarnye tahla..ade jugak benda2 yg aku setuju dengan dia di saat ini..sebab ilmu sains dan fakta2 sains alam ni byk datang dari org luar..yakni bukan org islam..n tentang bumi bola tu pun..aku no komen..tapi nasa byk juga menipunye..kena kaji la pasal ni ye bukan aku main ckp je..even sheikh muzaffar org pernah tanye tentang shape bumi..its not round/circle..dia seolah2 bujur?oval? aku pernah terbaca ni..its not even in the quran, correct me if im wrong with nas dan dalil atau ayat yg sesuai..korang dah kena mula bertanya tentang kejadian alam..sbb kita mmg hanya berpandukan fakta dr org luar..kalau dia menipu pun bukan kita tau..am i rite?
Anonymous
December 6, 2021 at 6:18 pm
selayaknya… nk tgk apa dia jwb nnti…
cikfendi
December 6, 2021 at 4:15 pm
PSYCHO