Gara-Gara Dilarang Guna Telefon Bimbit, Empat Remaja Lari Dari Rumah Anak Yatim

Kehidupan

Gara-Gara Dilarang Guna Telefon Bimbit, Empat Remaja Lari Dari Rumah Anak Yatim

Akibat dilarang menggunakan telefon bimbit, empat remaja lelaki termasuk tiga orang beradik nekad melarikan diri dari rumah anak yatim.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata bahawa remaja yang berusia antara 13 dan 15 tahun itu berjaya ditemukan di sebuah rumah di Kampung Kempadang pada jam 10 malam.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, rumah tersebut didiami oleh bapa saudara salah seorang daripada empat remaja terbabit.

Sumber : Harian Metro 

Selain itu, kesemua remaja itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk tindakan lanjut dan dikatakan kehilangan empat remaja disedari oleh penyelia asrama yang berusia 35 tahun dimaklumkan penghuni asrama lain pada 12.30 tengah malam.

Polis juga telah melancarkan operasi mencari empat remaja lelaki berkenaan selepas menerima laporan tentang kehilangan mereka.

Difahamkan, remaja-remaja tersebut telah menetap di rumah anak yatim itu bagi tempoh antara satu dan dua bulan.

Penghuni rumah anak yatim
9 bulan lalu

Hanya Kerana RM4, Remaja 11 Tahun Dipukul Hingga Maut Di Rumah Anak Yatim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : hmetromy

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...