Gara-Gara Cabaran Telefon Bekas Kekasih Untuk Cakap ‘Sorry’, Sufian Suhaimi Dikecam Mainkan Hati Wanita

Hiburan

Gara-Gara Cabaran Telefon Bekas Kekasih Untuk Cakap ‘Sorry’, Sufian Suhaimi Dikecam Mainkan Hati Wanita

Siapa sangka penyanyi Sufian Suhaimi sanggup menyahut cabaran diberikan oleh stesen radio Era FM dimana beliau perlu menghubungi bekas kekasihnya hanya untuk mengucapkan perkataan ‘sorry’.

Advertisement

Agak menggelabah pada mulanya, Sufian akhirnya berjaya juga melaksanakan cabaran itu.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat cabaran itu tidak sopan kerana kata-kata maaf yang diucapkan sememangnya tidak ikhlas dan dijadikan bahan lawak pula. Mereka menganggap Sufian ibarat mempermainkan hati wanita.

Namun, masih ada juga yang terhibur dengan gelagat penyanyi itu yang dikatakan agak ‘sempoi’. Apa pula pendapat anda tentang cabaran seperti ini? Betul ke tidak menjaga sensitiviti orang lain?

Kredit Video : YouTube ERA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...