Benar kata orang, tugas sebagai seorang ustaz dan pendakwah ini penuh dengan cabaran. Sekali lagi, nama PU Amin dikecam apabila beliau membuat ulasan produk berbayar yang dimuat naik di akaun Instagramya.
Menggunakan medium media sosial tersebut untuk hanya menyampaikan dakwah sebelum ini, ada sesetengah pihak menganggap tindakan PU Amin sudah tersasar daripada niat asalnya.
Rata-rata netizen mendakwa beliau sebelum ini sengaja mencetuskan kontroversi untuk meraih populariti semata-mata ingin jumlah pengikutnya di Instagram meningkat. Malah, beliau juga dituduh sebagai penunggang agama.
Walaubagaimanapun, masih ada yang mempertahankan pendakwah bebas itu. Apa salahnya untuk PU Amin menambah pendapatannya dan mencari rezeki asalkan produk yang dipromosikan itu halal.
Bertabahlah PU Amin, bukan semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Pastinya ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku dan anggap sahaja ia adalah dugaan yang menjadikan anda lebih kuat dan bersemangat untuk menyampaikan dakwah.