Penyanyi yang popular pada era 80-an dan 80-an, Aishah, menolak tawaran Datuk Seri Vida untuk menggantikan barangan kemas pemberiannya bernilai RM 80,000 dengan matawang kripto Lavida Coin yang diusahakan oleh Vida.
mStar Online melaporkan, sepatutnya hadiah tersebut digantikan dengan barang kemas lain bernilai serupa atau wang tunai RM 80,000.
Kalau nak ambil balik rantai yang diberi itu gantikan semula dengan barang kemas atau wang tunai sesuai dengan harga yang digembar-gemburkan.
Bukan dengan memberi Lavida Coin, saya tak mahu itu, nak buat apa?.
Aishah juga mengakui rasa terkilan barang kemas tersebut palsu, dan tidak bernilai seperti dakwaan Vida.
Seeloknya, dia minta maaflah kerana menipu!
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Pembantu peribadi Vida ada menghubungi Aishah, namun Aishah belum berkesempatan menjawab panggilan tersebut.
Pembantu dia ada telefon saya, tapi tak sempat nak angkat kerana solat dan sekali lagi dia telefon tengah malam.
Jadi masih belum berkesempatan berbincang mengenai perkara ini.
Vida sebelum ini memberitahu akan berjumpa Aishah dalam masa terdekat dan akan menggantikannya dengan Lavida Coin yang baru diperkenalkan.
Saya akan adakan pertemuan dengan Aishah dalam masa terdekat. Kita duduk bersama-sama untuk menerima penyerahan kembali rantai itu dengan hati yang sangat gembira.
Pulangkan kepada saya, tidak mengapa. Saya akan gantikan rantai itu dengan satu benda yang sangat luar biasa iaitu Lavida Coin. Lepas itu barulah dia akan kata inilah rupa-rupanya yang saya cari selama ini.
Bagaimanapun, ramai Netizen menasihatkan Aishah tidak menerima tawaran itu, sebaliknya meminta Aishah hanya menerima jika hadiah tersebut digantikan dengan wang tunai atau barang kemas tulen. – beautifulnara.com