(GAMBAR)Sazzy Falak Bakal Niagakan Rangkaian Fesyen Jenama Sendiri, Cetusan Idea Sewaktu Mengandungkan Iman Lilly Dan Tiara Rose

(GAMBAR)Sazzy Falak Bakal Niagakan Rangkaian Fesyen Jenama Sendiri, Cetusan Idea Sewaktu Mengandungkan Iman Lilly Dan Tiara Rose

Khabarnya Sazzy Falak akan tampil dengan rangkaian pakaian jenamanya sendiri pada Jun depan. Menurut laporan Mstar, pakaian berjenama SF by SF (Street Fashion by Sazzy Falak) itu hasil minatnya pada fesyen dan idea itu tercetus semasa dia mengandungkan kembarnya iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose yang kini berusia 11 bulan. Sazzy, 31, dikatakan melakar sendiri rekaan pakaian dalam rangkaian fesyennya itu bersama beberapa orang rakan. Nampaknya bertambah usahawan dari kalangan selebriti setelah beberapa orang selebriti menunjukkan minat dan berusaha untuk mempunyai perniagaan sendiri.
Photobucket
Ini pula gambar-gambar terbaru keluarga Sazzy Falak termasuk suami dan kembarnya. Lagi 9 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Sazzy Falak.

***

Advertisement

Basikal Fixie ialah sejenis basikal ‘fixed gear’ yang tidak mempunyai brek. Basikal ini ada dua jenis iaitu ‘freestyle’ dan ‘mash’ yang mana perbezaannya dapat dilihat dengan ketara menerusi saiz tayarnya. ‘Freestyle’ lebih sesuai digunakan untuk melakukan pelbagai aksi atau ‘trick’ dan menggunakan tayar lebih besar daripada biasa. Jenis ‘mash’ pula lazimnya digunakan untuk melakukan perjalanan jauh kerana ia lebih fleksibel dan ringan. Basikal ini tidak mempunyai brek, ‘suis’ utamanya terletak pada pedal pengayuh kerana ia berfungsi mengawal kelajuan, termasuk memberhentikan basikal.

Basikal ‘fixed gear’ atau ‘fixie’ digunakan oleh golongan penghantar surat di Amerika Syarikat. Mula mendapat perhatian di negara ini sekitar 2006. Tidak mempunyai brek dan memerlukan teknik ‘pull and push’ untuk memberhenti dan memperlahankan basikal. Selain itu, ia memerlukan tenaga lebih berbanding menunggang basikal biasa kerana kaki tidak sempat ‘berehat’, sebaliknya penunggang perlu sentiasa mengayuh bagi menggerakkannya. Ingin melihat aksi Basikal Fixie? Jangan lupa ke Bazar Seni Industri Budaya, 24 dan 25 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur mulai jam 2.00 petang. Untuk maklumat lanjut, sila like Fanpage kami.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...