Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

(GAMBAR)Foto Terbaru Ally Iskandar Dan Farah Lee

Diam tak diam, sudah hampir dua bulan juga personaliti TV3, Ally Iskandar mendirikan rumahtangga dengan pelajar kejuruteraan warga Malaysia di Korea Selatan yang juga seorang penulis blog, Farah Lee. Farah telah menulis tentang kehidupannya bersama Ally selepas berkahwin dalam entri terbarunya.

sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan ‘sudah dua bulan’ atau ‘baru dua bulan’ kadang datang silih berganti. ‘sudah dua bulan’ tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ?.?). ‘baru dua bulan’ tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar.

Advertisement

Farah telah meletakkan gambar terbaru mereka ini di blognya.

Dari apa yang ditulis oleh Farah, dapatlah disimpulkan yang kehidupannya bahagia sekali. Semoga pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan ke anak cucu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

51 Comments

  1. Ummiekin

    April 2, 2012 at 1:14 pm

    Alhamdullillah..sesungguhnya pilihan Ally Iskandar memperistrikan Farah Lee memang tepat. Bila baca blog Farah Lee spt dapat menilai beliau seorang wanita yg dulunya seorang remaja yg tidak tercemar oleh peredaran zaman. Semoag Ally Iskandar dan Farah Lee kekal bahagia hingga ke Syurga dan dilindungi Allah ke atas rumahtangga yg baru dibina ini. Amin

  2. juju

    April 2, 2012 at 10:15 am

    eleh, pandai je ckp, ko pn mesti ade tayang2 gambo ko ngn dlm facebook, gmbar dating ke, kawen ke, bia la die nk post pon, blog die..

  3. Idir

    April 2, 2012 at 9:29 am

    aku ternanti komen ustajah2 bn kat sini..tak dapat komen pasal tudung, pasal bende lain pun takde ke…frust aku…

  4. sweet32

    April 1, 2012 at 2:26 pm

    mukenye iras.. semoga jodoh berpanjngan.. cepat2 dpt baby.. nnti menyesal.. mcm aku, tangguh2 last2 dah 7 thn x dpt2… :-(

  5. wawa

    April 1, 2012 at 7:11 am

    x payahla bg tau satu dunia klu kita tgh bahagia..ckupla kmu suami istri aja yg tau..suma kehidupan kita xkan itu pn nak d share d blog. simpan la sebagai rahsia peribadi sendiri.

    • wakakaka

      April 1, 2012 at 12:09 pm

      biarla dia nak tulis kat blog dia..itu hak dia..lagipun apa yang dia tulis tu x melampaui batas pun…kan dia da cakap kat blog, apa yang dia lakukan sekarang semuanya dengan keizinan suami..apa yang penting, kita doakan dia bahagia smpai akhir hayat..jgn nak berfikir negatif sangat k..x elok untuk hati dan akal kita…=)

    • sesape jea

      April 1, 2012 at 1:59 pm

      cth2 org dengki!

    • Anonymous

      April 1, 2012 at 9:52 pm

      ek eleh wawa, dasar pendengki!! ko cari la laki, xyah nak mendengki dgn kebahagiaan org lain, busuk sgt hati ko niiii!!!1

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top