“Gaji Berkat Ke?” – Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Sikap Sesetengah Penjawat Awam Ketika Bekerja

Kehidupan

“Gaji Berkat Ke?” – Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Sikap Sesetengah Penjawat Awam Ketika Bekerja

Seringkali kita dihidangkan dengan kisah-kisah penjawat awam yang culas membuat kerja dan juga servis perkhidmatan awam yang tidak efisien sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

Seperti perkongsian di sebuah ‘page’ di Facebook ini, seorang individu telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap sesetengah penjawat awam yang bersikap sambil lewa ketika melaksanakan tanggungjawab kerja mereka kepada rakyat.

Advertisement

Individu itu turut menyenaraikan ‘perangai’ penjawat awam yang biasa dihadapi oleh orang awam seperti masuk pejabat tepat pada masanya namun keluar bersarapan pagi selepas itu, kaunter banyak tapi tidak semua dibuka, sekadar menyebut beberapa contoh.

Lunch jam 1 petang tapi pukul 12 dah keluar bagi alasan nak ambil anak sekolah. Pergi makan dan shopping dulu. Kutuk bos lagi. Jam 2.30 baru masuk balik.

Selain itu, individu itu turut mendedahkan sikap sesetengah pekerja kerajaan yang gemar ‘cakap-cakap’ belakang dan krediliti mereka ketika melaksanakan tugas.

Begitulah perangai buruk sesetengah B40 kerja kerajaan. Kerja culas nak buat sampai efek organisasi dan persepsi orang awam.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon daripada netizen dapat dilihat dan kebanyakan berpendapat bahawa masalah seperti itu berpunca daripada sikap peribadi masing-masing dan bukannya mengira pangkat dan tahap pendidikan.

FacebookSumber : Facebook  

 

“Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga. Pokok pangkal kau ingat kerja tu satu ibadah. Tak kira la gred berapa kerajaan ke swasta. Nilai diri sendiri.” komen seorang netizen.

Apa kata anda?

extend rumah flat haram
2 years ago

"PBT 'Tutup Mata' Ke?"- 'Extend' Rumah Flat Sesuka Hati, Netizen Gelar 'B40 Kayangan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...