“Gaji 30 Sen Sehari” – Dakwa Sel Gelap Dan ‘Seram’, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Masuk Penjara Kajang

Kehidupan

“Gaji 30 Sen Sehari” – Dakwa Sel Gelap Dan ‘Seram’, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Masuk Penjara Kajang

Berikutan penahanan Datuk Seri Najib Abdul Razak ke penjara Kajang di atas sabitan salah terhadap kes penyelewengan dana SRC International, muncul khabar angin yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu ditahan dalam sel penjara VIP seperti tersebarnya di media sosial.

Pihak Jabatan Penjara Malaysia semalam telah mengeluarkan kenyataan menafikan foto-foto yang tular itu adalah penjara VIP di Malaysia sebaliknya sel penjara di Switzerland.

Advertisement

Seorang pengguna TikTok @abangpejan kemudiannya mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi pengalamannya masuk ke penjara untuk sesi ‘shooting’ sebagai seorang pengamal media.

Dalam video itu, lelaki itu berkata keadaan sel penjara agak gelap dan ‘seram’ kerana dinding pemisah antara tempat tidur dengan bilik air hanyalah separuh dinding sahaja.

Para banduan juga dakwanya bebas bergerak dalam penjara dan terdapat kantin untuk makan minum.

Selain itu, ada bengkel membuat roti, kraf dan sebagainya untuk para banduan bekerja bagi mendapatkan wang.

Malah, mereka juga boleh menyambung pelajaran di peringkat tertinggi ketika dalam penjara kerana ada kelas-kelas yang ditawarkan kepada mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa teruja dengan cerita yang dikongsi lelaki itu.

TIkTokSumber : TikTok  

Kata netizen, roti/bun di penjara sedap, kat mana nak beli?

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Mesti Meremang Masa Tu" - Kisah Di Mahkamah Syariah, Ada Bomoh Baca Ayat Jampi Untuk 'Diamkan' Peguam Plaintif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...