Gagal Tunjuk Surat Kebenaran Dan Maki Hamun Anggota PDRM, Suami Isteri Ditahan Di SJR

Kehidupan

Gagal Tunjuk Surat Kebenaran Dan Maki Hamun Anggota PDRM, Suami Isteri Ditahan Di SJR

Sepasang suami isteri ditahan polis atas alasan merentas negeri tanpa kebenaran dan menghalang tugas penjawat awam dalam pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Junjong, Kulim.

Polis menahan kereta Honda Jazz berwarna hitam yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 37 tahun dan 40 tahun berserta kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim, berkata pasangan berkenaan dari arah Pulau Pinang memberitahu mereka mempunyai urusan pertukaran sekolah anak mereka ke Kedah, namun gagal menunjukkan surat kebenaran rentas negeri atau sebarang dokumen yang berkaitan pertukaran sekolah.

Sekatan Jalan Raya (SJR)

“Anggota polis yang bertugas cuba menjelaskan secara berhemah kepada pasangan itu bahawa sebarang pergerakan keluar negeri tidak dibenarkan jika tiada surat kebenaran”.

“Ketika anggota polis meminta kad pengenalan lelaki itu untuk pemeriksaan rutin, pasangan suami isteri terbabit bertindak keluar kereta lalu memaki hamun anggota berkenaan”.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini. Susulan insiden itu, pasangan berkenaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kulim untuk tindakan selanjutnya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...