Gagal Promosi Produk Secara Eksklusif, Usahawan Saman Fazura Dan Tuntut Semula RM156,000

Hiburan

Gagal Promosi Produk Secara Eksklusif, Usahawan Saman Fazura Dan Tuntut Semula RM156,000

Pemilik syarikat produk kecantikan dan kesihatan Maydan Trading yang juga memasarkan produk Q-Tab telah memfailkan saman terhadap pelakon dan penyanyi Nur Fazura atas dakwaan telah melanggar kontrak perjanjian untuk menjadi duta.

Advertisement

Katanya, Fazura sudah diberikan bayaran sebanyak RM156,000 untuk mempromosikan produk tersebut di akaun Instagram secara eksklusif membabitkan 12 ‘postings’ selama enam bulan tetapi bayaran yang diberikan tidak setimpal dengan 75 peratus tugas yang dijanjikan oleh pelakon itu.

Saya membuat bayaran awal RM100,000. Selepas itu Maydan membuat sidang akhbar pada penghujung Ogos 2017 untuk mempromosi rangkaian produk kami termasuk Q Tab. Ketika itu saya juga ada membuat pembayaran RM56,000 bagi sesi fotografi dan video. Saya difahamkan jualan produk kami bagus, bagaimanapun jualan jatuh pada penghujung September 2017. Saya dimaklumkan Fazura ada melancarkan produk kecantikannya sendiri ‘Tru-Dolly’ pada awal Oktober 2017.

Saya sudah membayar 75 peratus nilai tugas duta ini bagaimanapun apa yang dibuat oleh Fazura sejak Oktober 2017, tidak sepadan dengan apa yang sudah dijanjikan. Dia (Fazura) hanya membuat satu sidang media dan sesi fotografi serta video. Dia ada memuat naik tiga kali di laman Instagramnya.

Pemilik syarikat berkenaan hanya mahu menuntut jumlah RM156,000 yang sudah dibayar kepada Fazura.

Bagaimanapun, Fazura menafikan bahawa dirinya ada memasuki sebarang pernjanjian dengan pihak terbabit dan memberitahu pihak mahkamah bahawa Iman Tang bukanlah ejen beliau sebaliknya hanya bertugas sebagai pengurus. Setiap keputusan berkaitan denga kerjaya seni hanya ditentukan oleh dirinya sendiri.

Sumber Berita : Harian Metro & mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...