Gaduh Sebab ‘Awek’ Siap Pakai Kayu Besbol, Lapan Individu Kena Tahan Polis

Kehidupan

Gaduh Sebab ‘Awek’ Siap Pakai Kayu Besbol, Lapan Individu Kena Tahan Polis

Tular baru-baru ini, sekumpulan pemuda bersenjatakan kayu besbol memukul seorang lelaki di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya pada Selasa lalu.

Walaubagaimanapun, menurut laporan Harian Metro lapan individu telah ditahan untuk membantu siasatan kes.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata semua suspek berusia 14 hingga 21 tahun ditahan di Kapar dan Klang.

Selain itu, semua suspek mengaku terbabit dan siasatan dikatakan kejadian berpunca daripada perebutan teman wanita yang juga pelajar sekolah.

Hoong Fong juga tidak menolak terdapat unsur dan pengaruh kongsi gelap kerana ada yang terlibat merupakan lepasan sekolah.

Semakan rekod juga mendapati dua daripada suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah.

Suspek juga kini direman antara tiga hingga enam hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

puteri sari
2 years ago

(VIDEO) "Dah Agak Dah" - Kes 'Influencer' Bergaduh Sebab Duit Palsu, Akhirnya Mengaku Hanya 'Marketing'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : hmetromy

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...