Gadis ‘Playgirl’ Tinggalkan 10 Lelaki Selepas Kenali Bakal Suami, Tiga Hari Berkenalan Terus Tunang

Kehidupan

Gadis ‘Playgirl’ Tinggalkan 10 Lelaki Selepas Kenali Bakal Suami, Tiga Hari Berkenalan Terus Tunang

Jodoh dan ajal semua itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Kita sebagai manusia tidak akan dapat menjangkakannya dan sama seperti seorang gadis bersama pasangannya ini apabila mereka mendirikan rumah tangga biarpun baru mengenali satu sama lain dalam tempoh sebulan.

Menurut wanita yang mesra dipanggil sebagai Eqa itu, sebelum menikahi suami itu, dia telah melalui fasa yang tidak ingin dilaluinya lagi iaitu putus cinta bersama bekas kekasih.

Advertisement

Akibat terlalu sedih dengan percintaan yang tidak jadi itu, Eqa akui dirinya menjadi ‘playgirl’ dan telah mengenali 10 orang lelaki dalam hanya tempoh dua bulan sahaja.

Dalam pada mengenali beberapa orang lelaki, Eqa turut tidak lupa untuk berdoa agar dipertemukan jodoh dan akhirnya jejaka yang kini sudah bergelar suaminya itu muncul dalam hidupnya setelah Eqa menegurnya melalui Instagram Story.

Tambahannya lagi ketika ditemu bual oleh pihak mStar, suaminya bernama Fiqri itu juga tidak terlalu kisah tentang cerita lampaunya mengenali 10 orang lelaki dalam masa yang sama.

Cerita jodoh wanita ini telah dikongsikan olehnya di platform TikTok dan video yang dimuat telah meraih hampir 500,000 tontonan daripada pengguna media sosial berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

lelaki outstation
2 years ago

(VIDEO) Konon Pergi 'Outstation', Wanita Ini Nekad Serang Majlis Perkahwinan Suami Dan Madu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...