(FOTO) Zul Ariffin Sedang Hangat Memadu Asmara Dengan Gadis Ukraine?

Hiburan

(FOTO) Zul Ariffin Sedang Hangat Memadu Asmara Dengan Gadis Ukraine?

Kalau anda mengikuti Instagram Zul Ariffin, tentunya ada tahu beliau sering berulang alik ke Phuket untuk menjalani latihan seni mempertahankan diri popular Thailand iaitu Muay Thai.

Advertisement

Zul juga ada memuat naik beberapa foto beliau dengan gigihnya menuntut ilmu Muay Thai dengan seorang profesional di sana.

Namun, siapa sangka beliau juga sudah bertemu dengan seorang gadis yang cantik dan seksi berasal dari Ukraine yang kini turut berada di Phuket.

Menerusi laman forum CARI, Zul nampaknya sedang hangat bermadu asmara dengan gadis tersebut.

Bukan khabar angin semata-mata, gadis yang dikenali sebagai Tanya Glembotska itu turut memuat naik foto intim beliau sedang memeluk seorang lelaki yang mirip seperti  Zul di akaun Instagramnya.  Malah, satu Insta Stories juga menunjukkan mereka berdua berada di tempat yang sama.

Nampaknya citarasa Zul dalam memilih kekasihnya memang tahap ‘international’ dan boleh tahan juga seksinya. Wajah kacak siap dengan pakej badan sasa itu memang mampu membuat hati semua wanita cair. Adakah benar mereka berdua ini pasangan kekasih? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Zul.

Sumber Berita : Forum CARI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...