(FOTO & VIDEO) Tarian Gelek Bollywood Izara Aishah Persis Bintang Hindi

Hiburan

(FOTO & VIDEO) Tarian Gelek Bollywood Izara Aishah Persis Bintang Hindi

Pelakon Izara Aishah tidak dinafikan mempunyai pakej lengkap sebagai seorang anak seni. Bukan sahaja mempunyai rupa yang cantik dan pandai berlakon, Izara juga membuktikan beliau mempunyai bakat yang sangat hebat dalam bidang tarian.

Advertisement

Izara membuatkan ramai kagum melihat persembahan tarian Bollywood ketika pertunjukan fesyen Rizalman for Zalora sempena koleksi Hari Raya yang diadakan kelmarin.

Lengkap dengan busana bagaikan pelakon ataupun ratu Hindi, kelincahan Izara menari atas pentas dengan penuh perasaan serta bertenaga memukau para hadirin di pertunjukan fesyen tersebut serta netizen di media sosial yang menonton video tariannya itu.

Untuk pengetahuan anda, Izara mempunyai darah kacukan Pakistan dan sedikit sebanyak budaya menari ala-ala Bollywood ini ada didalam darahnya. Apa-apa pun, kami juga sangat terhibur melihat persembahan Izara dan boleh rasa keghairahan serta seronoknya beliau ketika menari.  Good job Izara!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...