(FOTO & VIDEO) Pernikahan SM Faliq Dan Chryseis Tan Yang Eksklusif Dengan Hiasan Bunga Ros

Hiburan

(FOTO & VIDEO) Pernikahan SM Faliq Dan Chryseis Tan Yang Eksklusif Dengan Hiasan Bunga Ros

Akhirnya teka-teki mengenai perkahwinan SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan terjawab apabila pasangan ini sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada pagi tadi dalam sebuah majlis tertutup di The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Advertisement

Chryseis menerima mas kahwin sebanyak RM1000. Kedua-dua pasangan kelihatan cukup kacak dan anggun dalam busana serba putih.  Majlis mereka juga tampak cukup eksklusif dan dihiasi dengan ribuan bunga ros yang indah. Adik  Faliq iaitu Nadia Nasimuddin turut memuat naik video saat akad nikah berlangsung.

SM Faliq adalah pengarah urusan kumpulan Naza TTDI, melamar Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square itu pada Jun 2017 semasa mereka bercuti di Marrakesh, Maghribi.

Jom kita layan beberapa lagi  foto sekitar majlis perkahwinan SM Faliq dan Chryseis dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...