(FOTO & VIDEO) Abby Abadi Ambil Anak Angkat

Hiburan

(FOTO & VIDEO) Abby Abadi Ambil Anak Angkat

Hanya beberapa jam selepas meluahkan hasratnya untuk mengambil anak angkat, nyata rezeki dan dan percaturan Allah SWT itu tidak boleh dijangka apabila keinginan Abby Abadi itu akhirnya termakbul saat beliau menerima seorang bayi lelaki.

Dengan rasa penuh syukur dan gembira, Abby yang baru sahaja keluar dari hospital akibat demam dan batuk terus berkongsi  berita kehadiran orang baharu dalam keluarganya itu menerusi akaun Instagram beliau.

Advertisement

Terdahulu, Abby Abadi pernah keguguran sebanyak dua kali. Pertama ketika beliau mengerjakan ibadah Umrah bersama suaminya, Jai Ezzany dan kali kedua Abby mengalami keguguran ketika kandungannya sudah memasuki lima bulan dan sudah cukup sifatnya sekitar tahun lalu.

Kami di Beautifulnara ingin mengucapkan tahniah kepada Abby dan suami dengan kehadiran si kecil ini. Semoga menjadi anak yang soleh. InshaAllah.

Beberapa lagi foto dan video anak angkat Abby Abadi dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...