February 20th, 2020

Tanggal 20 Februari 2020 bakal menjadi tarikh yang bermakna dan istimewa buat pasangan sama cantik sama padan, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang akan menamatkan zaman bujang mereka. Mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu, mereka bakal melangsungkan pernikahan hari ini selepas dua tahun menyulam cinta.

malam berinai zahirah macwilson

Sebelum mereka dinikahkan, kami ingin kongsi beberapa foto sekitar majlis malam berinai Zahirah dan Aiman yang cukup meriah dengan tema Bollywood mewah serta eksklusif.  Majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja.

malam berinai zahirah macwilson

Mengenakan busana berwarna merah, pelakon wanita itu kelihatan begitu cantik dan anggun sekali persis heroin Bollywood.

Jom kita lihat beberapa lagi foto kemeriahan majlis malam berinai Zahirah dan Aiman dengan membaca entri ini sepenuhnya.  Kredit Foto : Double A Studio 

Kami di BeautifulNara mendoakan agar majlis akad nikah nanti berjalan dengan lancar. Semoga Zahirah dan Aiman kekal bahagia sehingga ke syurga.


7 responses to “(FOTO) Sekitar Majlis Malam Berinai Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Dengan Tema Bollywood”

  1. Bru says:

    omg cantik betul!!!!! fathiya latiff sekarang mesti tengah lalok hahahaha

  2. Anonymous says:

    cantik sangat dan berseri!! Aku jangkakan akan nampak biasa sebab dah selalu sangat tema bollywood, tapi tang dia, mak datokk lawa berseri pulak aura naik, baju cun, rambut mekap cun, pengantinnya pun cun

  3. Anonymous says:

    Tema bollywood boring lah, tak de inovasi langsung

  4. she is lawa says:

    lawanya! nampak seri dia.

  5. Cik Bawang says:

    She look so different, really pretty and naik aura seri dia

Loading...