Foto Puteri Aishah Berbulan Madu Di Kota London Raih Perhatian Netizen

Hiburan

Foto Puteri Aishah Berbulan Madu Di Kota London Raih Perhatian Netizen

Pelakon, Puteri Aishah yang kini sudah bergelar isteri berkongsi momen indah ketika sedang berbulan madu bersama suaminya, Muhammad Firdaus di London, United Kingdom.

Puteri atau nama lengkapnya Puteri Aishah Sulaiman berkongsi momen itu bersama peminat menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya yang memaparkan beberapa keping foto.

Advertisement

Menerusi perkongsian gambar tersebut, Puteri, 27, dilihat gembira meluangkan masa bersama suaminya di sekitar kota tersebut sambil menikmati keindahan kota.

Malah, pasangan sama cantik sama padan ini kelihatan turut berkongsi foto ketika berada di sekitar kawasan roda feris terkenal dan terbesar di Eropah, iaitu The London Eye.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menitipkan ucapan buat pelakon filem Pulang itu.

Enjoy your honeymoon Put” tulis seorang netizen.

“Put nampak happy sangat” tulis seorang lagi peminat.

Terdahulu, Puteri mendirikan rumah tangga bersama Firdaus pada tanggal 21 November di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Puteri Aishah
2 years ago

"Suami Saya Pemalu & Tak Pernah Bercinta" - Puteri Aishah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...