Foto Fathia Latiff Tidak Bertudung Bukan Throwback Tetapi Baru?

Hiburan

Foto Fathia Latiff Tidak Bertudung Bukan Throwback Tetapi Baru?

Tentu anda semua tahu, Fathia Latiff dikecam hebat oleh netizen sehingga ada yang menuduh beliau hendak buka tudung dan menggelar beliau kafir gara-gara memuat naik foto “throwback”  belum bertudung  dengan rambut berwarna perang. Kini timbul pula dakwaan mengatakan foto tersebut sebenarnya adalah “throwback” beberapa hari lalu dan bukannya sebelum Fathia berhijrah.

Advertisement

Menurut Miss K di portal Astro Gempak, teman Fathia didalam foto tersebut yang dikenali sebagai Shahrizan turut memuat naik foto yang sama dengan hashtag #AllRed #tb bersempena meraikan hari jadinya. Walaubagaimanapun, apa yang menjadi persoalan besar kini ialah tarikh hari jadi Shahrizan jatuh pada 13 Disember iaitu kira-kira empat hari lalu.

 Miss K cuba berfikiran baik, husnudzon orang kata, tapi semuanya goyah selepas Miss K dihubungi oleh rakan lama Miss K, Sheena. Kau rasa apa Miss K? Throwback masa free hair sebelum April 2016 ke atau throwback beberapa hari lepas? Dekat Instagram Shahrizan tu, ada posting ‘happy birthday to me’, tapi tarikhnya adalah pada 13 Disember yang lepas.

Jadi kalau Fathia dan Shahrizan tulis hashtag gambar tu gambar throwback, maksudnya tu throwback beberapa hari lepas atau throwback beberapa tahun lepas? Hairan betul aku ni Miss K sebab posting Shahrizan memakai baju sama berwarna merah seperti dalam fotonya bersama Fathia adalah pada 4 hari lalu.

Sejauh mana kebenaran berita tersebut tidaklah kami ketahui. Apa-apa pun, kami enggan menuduh dan hanya ingin berfikiran positif. Harapnya ia benar-benar foto “throwback”.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...