(FOTO) Elfira Loy Temui Pengganti Sufian Suhaimi?

Hiburan

(FOTO) Elfira Loy Temui Pengganti Sufian Suhaimi?

Siapa yang tidak boleh lupa dengan kontroversi kisah putus tunang Elfira Loy dan Sufian Suhaimi. Boleh dikatakan agak tragis juga, apatah lagi ia berlaku kurang sebulan daripada tarikh perkahwinan mereka. Dikala Sufian nampaknya masih cuba untuk melupakan luka di hati, khabarnya Elfira sudah bertemu dengan pengganti.

Advertisement

Dengarnya pengganti yang dimaksudkan dikenali sebagai Nabil Aqil iaitu finalis Hero Remaja 2017 dan baru-baru ini ada berlakon di dalam drama Mr Grey.

Nabil nampaknya tidak segan mengakui mereka sedang bercinta apabila memuat naik foto bersama Elfira dengan kapsyen seakan menggambarkan pelakon wanita itu kini sudah menjadi miliknya.

Malah, mereka kelihatan sangat mesra ketika berbalas komen di Instagram. Ia menguatkan lagi dakwaan Elfira dan Nabil sememangnya sedang dilamun cinta.

Saat netizen sedang hangat memperkatakan gosip cinta Elfira dan Nabil, Sufian menerusi akaun Twitternya pula memuat  naik status yang dikatakan berbaur sindiran kepada seseorang. Ada yang mempercayai ia mungkin berkaitan dengan kisah cinta baharu bekas tunangnya itu.

Berdasarkan pemerhatian penulis,  Elfira dan Nabil mula rapat sekitar bulan April lalu dan bakal muncul dalam sebuah telefilem raya bersama. Betul ke mereka mempunyai hubungan istimewa ataupun sekadar gimik sahaja?  Sama-sama kita nantikan respon daripada tuan empunya badan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...