Forteen Tidak Pernah Pulaukan Izzue Islam, Hanya Salah Faham Kecil

Hiburan

Forteen Tidak Pernah Pulaukan Izzue Islam, Hanya Salah Faham Kecil

Semalam kumpulan Forteen telah mengadakan satu sidang media khas berkaitan isu Izzue Islam membuat keputusan mengejut untuk menarik diri daripada kumpulan itu.

Advertisement

Ariz Lufias yang mewakili ahli kumpulan Forteen yang lain mendedahkan mereka tidak pernah bertindak memulaukan Izzue seperti yang didakwa. Hanya timbul sedikit salah faham kecil mengenai pemilihan lagu pada saat-saat akhir.

Kami agak terkejut dia keluarkan kenyataan dipulaukan oleh anggota yang lain sedangkan kami tidak diberikan ruang untuk bercakap. Masalah yang dihadapi oleh kami tidak besar mana, mungkin dia salah faham mengenai pemilihan lagu sebelum kami melakukan persembahan di ‘Gegar Vaganza Party Road to Finale’.

Dia beranggapan bahawa kami tidak mendengar pendapatnya tentang pemilihan lagu dan belum sempat kami nak kata apa-apa mengenai lagu yang dipilih, dia terus mendiamkan diri dan tiga hari selepas itu dia buat keputusan untuk mengundurkan diri.

Sebenarnya, mereka mahu berbincang mengenai segala masalah yang dihadapi dengan cara baik, namun Izzue sudah membuat keputusannya.

Terdahulu, Izzue ketika acara karpet merah final GV5 mengumumkan meninggalkan Forteen kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka. Bukan itu sahaja, Izzue turut mengatakan beliau sudah beberapa kali dipulaukan oleh ahli kumpulan yang lain sehingga tahap tidak bertegur sapa langsung.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Petchmono & FS Studios

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...