Fizz Fairuz Lebih Selesa Almy Nadia Jaga Anak Di Rumah

Hiburan

Fizz Fairuz Lebih Selesa Almy Nadia Jaga Anak Di Rumah

Bimbang dengan kes penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, pelakon Fizz Fairuz lebih selesa  apabila isterinya Almy Nadia menjaga dua orang anak perempuan mereka yang masih kecil di rumah.

Advertisement

Alhamdulilah anak saya membesar dengan sihat dan bijak di bawah jagaan Almy. Saya lebih suka Almy sendiri yang menjaga anak saya di rumah, berbanding menyerahkan tugasan itu kepada pembantu rumah.

Pembantu rumah sekarang pun sukar hendak dipercayai kerana banyak kes yang membimbangkan saya. Jadi saya mahu Almy selesaikan tugasan di rumah manakala saya sahaja yang keluar bekerja.

Sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, Fizz akui Almy teringin untuk berlakon semula. Walaubagaimanapun, buat masa ini beliau masih menyusukan anak-anak mereka dan akan kembali berlakon selepas mereka sudah besar nanti.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...