Fizz Fairuz Harap Netizen Tidak Terus Pertikai Gelaran Datuk Yang Diterima

Hiburan

Fizz Fairuz Harap Netizen Tidak Terus Pertikai Gelaran Datuk Yang Diterima

Bersempena dengan Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang  yang diadakan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, pelakon Fizz Fairuz semalam telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Advertisement

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak yang mempertikaikan gelaran yang beliau terima dan pelbagai kecaman dilemparkan kepada diri beliau. Sedar isu tersebut menjadi bualan ramai, Fizz menganggap anugerah tersebut adalah tanda penghargaan buat dirinya yang aktif mempromosikan aktiviti pelancongan di Pahang. Malah, beliau juga adalah anak jati negeri tersebut.



Saya anak jati Raub. Mungkin orang tidak tahu tetapi saya banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya Pahang selain menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang. Saya harap mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini.

Fizz berharap netizen memahami mengapa beliau diberikan pengiktirafan tersebut. Anggap sahaja itu adalah rezeki Fizz setelah berusaha untuk mempromosikan negeri kelaharinnya itu. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada beliau.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...