Bersempena dengan Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang yang diadakan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, pelakon Fizz Fairuz semalam telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak yang mempertikaikan gelaran yang beliau terima dan pelbagai kecaman dilemparkan kepada diri beliau. Sedar isu tersebut menjadi bualan ramai, Fizz menganggap anugerah tersebut adalah tanda penghargaan buat dirinya yang aktif mempromosikan aktiviti pelancongan di Pahang. Malah, beliau juga adalah anak jati negeri tersebut.
Saya anak jati Raub. Mungkin orang tidak tahu tetapi saya banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya Pahang selain menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang. Saya harap mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini.
Fizz berharap netizen memahami mengapa beliau diberikan pengiktirafan tersebut. Anggap sahaja itu adalah rezeki Fizz setelah berusaha untuk mempromosikan negeri kelaharinnya itu. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada beliau.