Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fizo Omar Dapat ‘Job’ RM25,000 Satu Malam – “Barang ‘Terpakai’ Macam Saya Pun Ada Harga!”

Pelakon yang kini semakin rancak membuat ‘comeback’ di persada seni, Fizo Omar mendedahkan bahawa dia menerima tawaran bernilai tinggi hanya dengan menjadi peneman untuk satu malam.

Dia juga memberitahu peminat di luar sana mengenai sindiket penipuan ini di laman instagram miliknya apabila Fizo ada berkongsi satu tangkap layar perbualan antara dirinya dengan individu terbabit.

Advertisement

Malah, dia juga pernah beberapa kali menerima tawaran untuk dibayar beribu-ribu ringgit hingga ada yang sanggup memasukkan duit ke dalam akaunnya sebelum bersemuka.

Fizo yang sememangnya sudah menyedari bahawa itu hanyalah satu sindiket penipuan turut mempersoalkan motif individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

View this post on Instagram

Wow dpt job! . RM 25 000 satu malam. . Btw, im pretty sure this is scammer, tapi bkn 1st time sya dpt DM mcm via IG,kadang tu pikir jugak ape point dieorng ni ek? Ada tu siap minta no acc nak transfer dulu then baru jmpe depan2. . Barang recond mcm sya ni pun ada harga, kalau yg brand new n ladies plak tak tau la brape kan? . Sounds wierd kan guys? Tapi benda ni wujud in real life, bkn dlm drama je.sometime what happen in drama is actually trying to describe what is happen in real life. . Tak pe lah, yg penting #kitajagakita and xperlu sibuk nak jaga orang lain kan kalau diri sendiri tak terjaga.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Advertisement

“Kadang-kadang ada terfikir juga motif mereka ini? Ada tu siap minta nombor akaun nak masukkan duit dulu kemudian baru jumpa depan-depan. Barang recond macam saya pun ada harga, kalau yang brand new dan wanita-wanita pula tak tahulah berapa kan?”

Menerusi tangkap layar tersebut, Fizo turut membalas tawaran individu terbabit dengan meminta agar akaun terbabit mendermakan wang yang mahu diberikan kepadanya kepada insan yang lebih memerlukan.

 Tambahnya lagi, dia mendakwa perkara seperti itu tidak aneh dan wujud dalam kehidupan seharian. Dalam akhir perkongsian tersebut, Fizo turut memesan kepada orang ramai supaya mengamalkan sikap menjaga diri sendiri sebelum sibuk menjaga hal tepi kain orang.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    June 26, 2020 at 4:44 pm

    haiyooo berangannnnn

    • Kimi

      July 5, 2020 at 12:26 pm

      Aku dulu prnah dpt chat mcm tu. Buat
      Laporan seja confirm lepas ni tk ganggu. Scammers nk dptkan duit.. be careful .

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama