Fitnah Ditangkap Khalwat, Fizz Fairuz Mahu Bersemuka Dengan Pemilik IG Mak Cik Puaka

Hiburan

Fitnah Ditangkap Khalwat, Fizz Fairuz Mahu Bersemuka Dengan Pemilik IG Mak Cik Puaka

Kes pelakon Datuk Fizz Fairuz difitnah ditangkap khalwat masih belum reda lagi, semalam beliau mengadakan satu sidang media khas menuntut pemilik akaun Instagram Mak Cik Puaka untuk membuat permohonan maaf secara terbuka ataupun bertemu empat mata dengannya kerana telah menyebarkan fitnah tersebut yang mencalarkan imejnya.

Advertisement

Sebelum ini, Mak Cik Puaka telah membuat permohonan maaf menerusi akaun Instagram, tetapi Fizz bagaimanapun enggan menerimanya.

Fizz mendedahkan beliau telah mengenalpasti 70 peratus daripada identiti sebenar di sebalik pemilik Instagram Mak Cik Puaka.

Saya sudah kenal pasti 70 peratus individu itu dan dia adalah orang dalam bidang seni juga. Saya bukan nak buka aib dia tapi saya mahu dia berjumpa dan beritahu apa sebenarnya masalah dia dengan saya. Jika dia tidak mahu pertemuan itu diadakan dalam sidang media, dia boleh berjumpa saya sendiri secara depan-depan.

Fizz memberikan tempoh satu minggu kepada pihak berkenaan untuk membuat permohonan maaf tersebut.

Saya dah tahu siapa dia dan boleh heret dia keluar bila-bila masa sahaja. Saya tidak kisah siapa dia, dia orang berada atau tidak saya mahu dia mohon maaf secara lisan. Saya boleh tutup identiti dia jika dia mahu menyelesaikan isu ini dengan baik dan beri kerjasama.

Terdahulu, pemilik Instagram itu mendakwa Fizz adalah lelaki yang dikatakan bergelar Datuk Seri yang ditangkap khalwat bersama pasangannya di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...