Firdaus Wong Dedah Sumpah Laknat Abang Mangsa Serangan Seksual Pendakwah Terkenal

Hiburan

Firdaus Wong Dedah Sumpah Laknat Abang Mangsa Serangan Seksual Pendakwah Terkenal

Kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal dilaporkan semakin menjadi bualan hangat netizen berikutan tularnya beberapa video dan mesej lucah di media sosial.

Ebit Lew
3 years ago

Tular Kes Gangguan Seksual , Ini Kronologi Dan Susur Masa Babitkan Pendakwah Ebit Lew

Advertisement

Sehubungan dengan itu, pihak polis juga dilaporkan telah membuka satu kertas siasatan berkaitan dengan kes ini.

Terkini, pendakwah bebas iaitu Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi saluran telegramnya ada mendedahkan klip video sumpah laknat seorang individu.

Firdaus WongSumber : Google  

Individu tersebut dipercayai adalah abang kepada mangsa serangan seksual pendakwah terkenal itu dan menurut lelaki itu, adiknya telah menerima mesej serta panggilan video daripada pendakwah tersebut sehingga membuatkan mangsa mengalami kemurungan selain membunuh diri.

Bismillahirahmanirahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa adik saya mengalami kemurunga, tekanan dan cuba membunuh diri setelah xxx melakukan perbuatan terkutuk melalui WhatsApp dan juga panggilan video  kepada adik saya. Jika saya berdusta, Ya Allah laknatilah saya.

Jelas FIrdaus Wong, dia telah berjumpa mangsa dan juga ahli keluarganya menerusi aplikasi Google Meet selama hampir dua jam, baru-baru ini.

Video Sumpah LaknatSumber : Telegram Firdaus Wong  

Menurutnya lagi, video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mangsa adalah sebagai saksi bagi membuktikan adiknya telah menerima mesej dan panggilan video lucah sehingga menyebabkan tekanan mental kepada mangsa.

Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutu itu.

Firdaus Wong dalam pada itu meminta mereka yang telah menjadi mangsa agar tidak takut dan terus tampil ke hadapan bagi mendedahkan perbuatan terkutuk ini sebagai pengajaran kepada mereka yang lain di lurar sana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Telegram Ustaz Firdaus Wong Wai Hung

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...