Written by Irsa | November 21st, 2019

Baru-baru ini, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hans Isaac telah mengumumkan bahawa pelakon muda tidak lagi dibenarkan membawa watak orang tua bermula daripada Januari tahun hadapan.

hans isaac pengerusi finas

Dia menegaskan bahawa syarat itu dibuat bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran. Ini juga merupakan langkah bagi menggalakkan para pelakon veteran supaya kembali aktif berlakon tanpa sebarang halangan.

Selepas perbincangan, semua stesen penyiaran memutuskan untuk mengenakan syarat melarang pelakon muda disolek menjadi orang tua.

Ramai juga yang bersetuju dengan cadangan Hans ini memandangkan acap kali kita mendengar keluhan ramai pelakon veteran bahawa mereka tiada tawaran lakonan langsung apabila sudah mencecah usia tua.

Walaubagaimanapun, Michael Ang yang juga merupakan pengarah drama terkenal telah menyelar peraturan baru FINAS ini. Katanya, ia akan menyekat kebebasan anak seni untuk berkarya.

 

View this post on Instagram

 

Salam semua. Alang2 tu kenapa tak nak buat rule PELAKON KAYU DILARANG KELUAR TV. PELAKON CANTIK N HANDSOME TAK BOLEH BAWAK WATAK BURUK ATAU OKU! PELAKON 25 TAHUN KEATAS TAK BOLEH MAIN WATAK BUDAK SEKOLAH! Tak rasa ke rule ni mcm control Se seorang pelakon tu punya kebolehan ke? Katakan watak cerita tu kisah seorang perempuan dari umur 28- 60 tahun so waktu 28- 40 pakai pelakon muda bila kisah dia 41-60 pakai pelakon lain? Like seriously la. Apooooooo! BY THE WAY AS A PRODUCER N DIRECTOR I HAVE ALWAYS BAGI RUANG UNTUK PELAKON VETERAN TAPI BILA ADA RULE MCM NI IT IS SO MEMBATASKAN KITA. THIS IS NOT A GOOD WAY TO ADDRESS THE PROBLEM DAH MCM BUKAK PERUIK NASI ORG TAPI TUTUP PERIUK NASI ORG LAIN! This is not a win win situation! Pikir2 kan la! Luv u all n hanya PENDAPAT I SAJA JGN KENA BAN SUDAH!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Lelaki mualaf itu bertegas bahawa peraturan itu tidak masuk akal dan perlu dipinda sedikit mengikut kesesuaian watak dan skrip.

Mungkin ada juga benar kata Michael Ang dan juga Hans Isaac itu. Apa kata mereka berbincang semula bagi mendapatkan pandangan lebih mendalam lagi daripada anak-anak seni yang lain.

Sumber: BM Cari

13 responses to FINAS Bantah Orang Muda Lakonkan Watak Tua, Michael Ang Selar Cadangan Tak Masuk Akal

  1. seven says:

    hahaha kalau watak hantu mesti cari hantu betul untuk berlakon.itu baru real serammm.

  2. Anonymous says:

    Faham maksud hans issac… org muda diberi watak org tua.Contoh skrg yang paling ketara Marissa Yasmin diberi watak emak kepada Zul Aripin… dimekapkan supaya nampak tua…Rozita che wan…lisdawati…tak kena langsung…

  3. Bruness says:

    seperti watak hantu tidak dapat dilakonkan oleh manusia.. hahahaha semakin hari industri hiburan malaysia semacam sampah

  4. Anonymous says:

    betul lah tu kalau org muda belakon jadi orang tua pasti hodoh tak masuk akal langsung tak de kriteria langsung , bukan sekali dua tengok orang muda belakon macm orang tua mmg tak menjadi pun mcm kayuu aderler..

  5. unknown says:

    Makin pelik Finas.. Ahmad Idham dengan Netflx.. Hans dengan issue org tua.. kot laa larangan watak perempuan dilakonkan oleh lelaki & vice versa.. stupid decision.. pelakon muda fazura tetiba org watak orang tua Fauziah Nawi yg berlakon.. Aduhh what the ……..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini